» » Izz Ammar Dah Masuk Taska

Izz Ammar Dah Masuk Taska

Assalamualaikum.

Rasanya dah lama sangat Mama tak letakka cerita peribadi di dalam blog. InsyaAllah, lepasni Mama akan mula semula untuk mencoretkan memori-memori membesarkan anak-anak di sini. Ini semua pengalaman yang tak akan berulang kembali. Nanti bila anak-anak dah besar, bolehlah diorang baca semula post-post yang ada di sini.

Alhamdulillah, Ammar dah mula masuk taska pada minggu lepas (Selasa, 2 Sept 2014). Kami masukkan dia ke taska sebab Cik Abang tak jadi sambung PhD bulan ni, tapi ditangguhkan sehingga ke bulan Februari tahun depan. Jadi, sementara beberapa bulan ini, saja la nak masukkan Ammar ke taska.

Ibu-Ibu Ini Tahu Apa Perlu Buat Bila Anak Kurus Kering dan Sering Sakit di Taska:

 

Tujuan utama adalah untuk dia berkawan dengan rakan-rakan sebaya. Mama nak biasakan Ammar bergaul dengan rakan-rakan lain. Kalau tak dia cuma berkawan dengan Mama dan Aneesa je. Dan harapnya, dengan pergaulan ni, Ammar akan dapat bercakap. Tak sabar sangat rasanya nak dengar dia bercerita. InsyaAllah, hari yang dinantikan tu akan tiba juga. =)

Mama memang risau sebenarnya nak hantar anak ke taska. Tapi disebabkan seluruh taska tu memang dilengkapi dengan CCTV, jadi kuranglah risau. Nanti lepas sebulan Ammar di taska, Mama nak tengok rakaman CCTV tu untuk tengok apa yang Ammar buat sepanjang di sana.

 

Masa hari pertama hantar, Ammar menangis tak nak tinggal. Alahai, sayu hati rasa masa tu. Tapi teacher tu cakap tak apa, tinggalkan aja Ammar, nanti mereka akan pujuk. Jadi dengan berat hati, kami pun tinggalkanlah Ammar kat taska. Siap tinggalkan pesanan, suruh pihak taska telefon kami jika Ammar menangis tak berhenti.

Lepas tu kami terus pergi buat permohonan mykid untuk Aneesa. Aneesa siap sibuk duk cari abang dia kat car seat tau. Sementara tu, memang asyik teringatkan kat Ammar la. Ternanti-nanti juga kalau pihak taska ada call. Lepas habis urusan di situ, Cik Abang pergi bank pula untuk urusan insurans pinjaman kereta. Kemudian, kami perg makan tengahhari dan terus pergi ambil Ammar pukul 12.30. Pakej Ammar sebenannya sampai pukul 3 petang, tapi kami saja ambil awal untuk hari pertama tu.

BIla Ammar nampak kami je, dia terus senyum. Tapi lepastu muka dia berubah jadi sebak dan terus peluk Cik Abang. Mungkin Ammar terharu yang kami datang ambil dia. Mungkin dia fikir kami nak terus tinggalkan dia kat situ? Huhu. =(

Teacher cakap Ammar menangis kejap je tadi, lepastu dia dah sibuk main. Lega rasa hati bila dengar macam tu. Tapi untuk hari Rabu dan Khamis, Ammar tetap menangis masa di hantar ke taska. Bila ditanya pada anak kawan yang tinggal di taska tu juga, dia cakap Ammar elok je main, tak ada nangis-nangis.

Semalam (Ahad), bila nak hantar Ammar ke taska, dia dah tak menangis. Tapi buat muka sayu plak, bibir ke bawah masam. Alahai anak. Berdrama la plak ye. Huhu. Dan hari ini, ada good news dari Ammar. Dia dah tak menangis, dan tak ada buat muka masam! Siap tak sabar nak turun dari kereta lagi! Hehe. Alhamdulilah. Tak adalah Mama risau-risau lagi.

 

Semoga Ammar gembira duduk di taska, dan dapat ramai kawan, dapat belajar macam-macam. Petang nanti Mama pergi ambil Ammar ye? =)

3 Responses

  1. titan
    | Reply

    wahh..dah masuk tadika dah plakk..
    titan recently posted..Ebook awal MAHAL. Boleh bagi diskaun sikit tak? Saya tak ada duitlah..My Profile

  2. Denaihati
    | Reply

    dah ada kawan ramai mesti seronoklah kat taska, kalau pemalu pun nanti hilang pemalunya…
    Denaihati recently posted..Kenapa Qurban di KembojaMy Profile

  3. rose
    | Reply

    as salam.tahniah sis bestnya ada anak pastu bawa pi jumpa kawan-kawan sambil boleh belajar ya
    rose recently posted..paper qulling craft 8 – easel box card quilling for birthday AinniMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge