» » » Jalan-Jalan di Cahors

Jalan-Jalan di Cahors

Assalamualaikum.

Salam Jumaat buat semua. Dah dua minggu blog ini cuma di update dengan entri Wordless Wednesday je, sebabnya tuan tanah tak ada idea nak update blog. Dengan erti kata lain, mood malas! Hehe.

Seperti yang saya tulis dalam entri yang ini (Cuti Dah Habis), kami ada pergi jalan-jalan di Cahors. Cahors ni merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong di Perancis, dan terkenal disebabkan wine nya.

Kami pergi ke sini hari Sabtu, dan bertolak seawal pukul 7 pagi. Awal betul, kan? Sekarangni kalau nak ke mana-mana kena bergerak awal, sebab masa siangnya singkat, malam yang panjang. Tak best la pula nak berjalan malam-malam kan, tak nampak apa-apa pun. Huhu.

Kami sampai dalam 8.3opagi, dan ada nampak satu tempat strategik untuk ambil gambar. So terus je berhentikan kereta dan ambil-ambil gambar. Yang bestnya time pagi-pagi macam ni, tak ramai orang. Jadi senang sikit nak bergambar, tak segan!

Bila dah puas berangan jadi model kat sini, kami pun bergerak ke kawasan parking. Lepastu sarapan dulu dengan bekalan makanan yang dibawa, dan sambung balik sesi tangkap-tangkap gambar. Ada banyak sebenarnya tempat menarik kat Cahors ni kalau mengikut kepada web INI, tapi kami cuma pergi tengok Pont Valentre je.

Jambatan ini dibina pada tahun 1308 dan hanya siap pada tahun 1379. Lama juga tu kan? Huhu. Dari sini, kami bergerak ke Bouzies dan Saint Cirq Lapopie pula. Yang tu saya cerita di next entri ya? =)

21 Responses

  1. hafizrahim
    | Reply

    haduh..france..destinasi idaman kalbu tu..satu hari mesti nak kena jejak kaki ke sana jugak.
    hafizrahim recently posted..Majlis Perkahwinan Bro Framestone – BehrangMy Profile

  2. AkmaOmar
    | Reply

    Saya pun sempat jalan-jalan banyak tempat juga masa pergi france awal tahun aritu..memang sana tempat cantik2 kan..tak puas rasanya hehe..nak share kat blog tapi tak post lagi terbantut jer huhuhu..nice view sis.
    AkmaOmar recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  3. Juan
    | Reply

    best la dapat jalan jalan kat luar negara
    Juan recently posted..Maharaja Lawak Mega 2012 Bermula – Shiro dan Jozan TerbaikMy Profile

  4. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Bestnya dapat peluang berjalan macam ni… Sementara dekat sana baik berjalan dan ambil gambar sebanyak mungkin sebagai kenang-kenangan bila balik ke Malaysia nanti. Bila la nak merasa pengalaman di negara orang ni.
    Hazmin Hamudin recently posted..Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012MMy Profile

  5. puanbee
    | Reply

    bestnya dapat pergi jalan2 ke perancis , akk ke perak aje ..hee

    ambik lah gambar pemandangan banyak2 share , tk yah update apa2 sgt pun tkpe … akk suka tgk gambar luar negara ni 🙂
    puanbee recently posted..Pengalaman mengandung , alahan dan proses bersalin 3 anakMy Profile

  6. titan
    | Reply

    tak habis lagi berjalan rupanya..
    titan recently posted..Mencintai Ain Maisarah – Part 10My Profile

  7. Hairul Azni
    | Reply

    Haii.. Bila la nak dapat berkunjung ke Perancis..setakat Parit di Perak je la… 😀
    Hairul Azni recently posted..Jangan Malas Wahai Blogger.My Profile

  8. hairulafiz
    | Reply

    cantik tempat tu….
    hairulafiz recently posted..Trip #3 : Pantai LidoMy Profile

  9. Jebeng Otai™
    | Reply

    sesuai utk dijadikan kawasan bidikkan ni..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Page Layout : Algorithm Google TerbaruMy Profile

  10. Eizil
    | Reply

    Cantik permandangan di situ ya… Ada kesempatan teringin juga ingin pergi melawat sekitar perancis… Seronok tengok bard jalan-jalan sekitar sana. 😀
    Eizil recently posted..Terasa lemahnya diri iniMy Profile

  11. Syarih
    | Reply

    seronok jalan makan angin jauh-jauh…dapat lihat negeri orang…nanti dapat duit lebih nak simpan lah nak melancong jugak…

  12. donnyien
    | Reply

    welcome back.. akhirnya update juga blog ini.. cantik betul pemandangan di cahors, perancis..
    donnyien recently posted..Artis undangan?My Profile

  13. syaifuddin alias
    | Reply

    indahnya pmndgn..tringin juga sy mhu ke sana..
    syaifuddin alias recently posted..3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  14. Mummy Akmar
    | Reply

    Cantiknya permandangan. Puan Bardboo di France ke? Bestnyaaaa
    Mummy Akmar recently posted..10 Tips Untuk Menangani Tekanan Daripada PenceraianMy Profile

  15. Anuar
    | Reply

    Bestnya dapat peluang jalan-jalan ke Perancis..Cantik betul pemandangan dekat Cahors ni.. kalau ada peluang, satu hari nanti nak pergi sana jugaklah.. Bawa isteri dan anak-anak..
    Anuar recently posted..Azam Tahun Baru 1434 HijrahMy Profile

  16. Azie
    | Reply

    Cantiknya permandangan, Awesome sungguh la hurmmm. Tak lama lagi berempat la yea!.
    Azie recently posted..Paint dan ColouringMy Profile

  17. akubiomed
    | Reply

    Kawasan sekitarnya yang cantik. Memang best kalau dapat dirakan dengan lensa.
    akubiomed recently posted..2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  18. anif
    | Reply

    Fuhhh.. cantik la tempat tu! Satu hari lepak-lepak kat situ pun tak pe.
    anif recently posted..Durian Crepe – Satu Fenomena?My Profile

  19. Mus
    | Reply

    bestnya dapat bercuti..
    Mus recently posted..Video Ujian Kalis Air Kamera Nikon Coolpix AW100My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge