» » » Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan | Percutian di Paris

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan | Percutian di Paris

Assalamualaikum.

Ouch lamanya tak update blog! Dah sampai rumah di Toulouse ni hari Jumaat lepas. Tapi lepastu cuma ada semangat untuk upload gambar di Facebook je, nak update cerita di blog memang teramat2 malas! Padahal ada je banyak cerita yang hendak diletakkan di blog ini. Pertama sekali saya nak mintak maaf sebab tak sempat lagi nak membalas komen2 dan kunjungan rakan2 semua. Bila dah update blog ni, InsyaAllah saya akan jalankan tugas tu ye. Sekarang meh le kita baca tentang kisah perjalanan kami ke Paris ini dulu.

Percutian ke Paris ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah harijadi saya dari Cik Abang kot, dan juga sebagai second honeymoon. Hehe. Perjalanan dimulakan seawal pukul 8 pagi bertolak dari kediaman kami di IAS. Tapi nak pergi isi minyak dulu. Sekali kad kredit Cik Abang tak boleh guna plak! Pergi ke stesen lain, tak boleh guna jugak.

Cik Abang dah risau! Yelar, nak berjalan jauh ni, tapi kad kredit ada masalah plak. Dah la nak bayar tol pun guna kad. Kalau tak guna kad, kena guna duit syiling. Saya pun keluarkan la beg duit syiling, dan kira2, nasib baiklah cukup duit syiling tu sebanyak 3+.++euro. Dan masa tu, dah pukul sembilan pagi dah! Kami teruskan jugaklah perjalanan ke Paris walaupun hati dah mula rasa tak sedap. Masa permulaan perjalaan pun dah ada masalah. Huhu.

So perjalanan kami pun bermula, dari Toulouse ke Perancis, dengan jarak perjalanan kira2 7++km! Wah, sakit punggung dan pinggang duduk dalam kereta lama2. Saya duduk kat belakang dengan Ammar. Dia dah la tengah lasak sekarangni, so memang terasa penatnya. Dah la si bambam ni tak nak duduk kat carseat. Memang ‘totally malaysian’

Bila Ammar tak duduk kat car seat ni, hati saya memang berdebar2. Takut kena tahan dengan polis dan kena saman. Sebab kat sini kanak2 memang wajib kena duduk kat carseat. Tapi si Ammar ni mana makan saman, masa dia tidur je baru dapat letak kat carseat. tu. Huhu.

Bila dah separuh perjalanan, keluarlah bau semerbak harum dalam kereta. Ammar yak! Ok kami terus berhenti di perhentian yang paling dekat sebelum pampers Ammar bocor. Kang kalau dah bocor lagi naya! Dah setel bersihkan Ammar, kami makan2 plak. Time tu perut memang dah lapar.

Menu yang saya bawak adalah mee goreng dan ayam bakar untuk kami, dan bubur nasi untuk Ammar. Apa yang saya perhatikan kat sini, kebanyakkan orang2 tempatan memang bawak bekalan sendiri. Bila berhenti kat perhentian, masing2 akan buka bekalan sendiri dan makan. Kalau kat Malaysia, jarang yang bawak bekalan sendiri ni kan? Lebih suka beli di kedai2 yang ada tu. Saya pun sama gak dulu. Hehe. Tapi bila dah kat tempat orang ni, kenalah bawak makanan sendiri.

Selesai makan2, perjalanan diteruskan lagi. Dan kami sampai di Paris pada pukul 6 petang. Sampai je kat hotel, kaunter tutup sebab cuti Easter. Tak pernah2 seumur hidup saya pergi hotel, kaunternya tutup! Hehe. Tapi kat sini saya dah jumpa dah. Nak kunci bilik? Ambil sendiri kat dalam ‘safety box’ yang disediakan. Cool heh? Sebabnya kalau nak duduk hotel, kena tempah awal2 dulu. Bila dah tempah, dia akan bagi no gate, no pintu, etc. So silalah buat urusan ‘check-in’ bilik sendiri. Lawak!

Best betul bila dah dapat baring2 kat atas katil. Ingatkan nak rehat je kat bilik malam tu. Sekali Cik Abang ajak pergi ke Eiffel Tower plak. So lepas dah siap2 semua, kami pun pergi ke Eiffel Tower. Untuk cerita selanjutnya, kena tunggu next entri ye. Ini dah panjang sangat dah ni. Huhu. Daa!

27 Responses

  1. azura
    | Reply

    wow eiffel tower tu sekarang drama dan filem Malaysia selalu buat kat situ…nak pergi entahkan bila

  2. Jebeng Otai™
    | Reply

    rupanya ade ‘bom’ meletup..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..PosLaju : Kotak dan Sampul PrabayarMy Profile

  3. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Sangat berbeza betul Perancis dengan Malaysia ni kan. Siapa kaunter hotel tutup lagi tu. Hahaha.. Kita kat sini kadang2 rasa layanan kaunter hotel dah cukup teruk, tapi dekat Paris siap tutup terus kaunter. Bila la dapat rasa pengalaman macam ni.
    Hazmin Hamudin recently posted..Bob Kuman Meninggal Dunia Hanya Khabar AnginMy Profile

    • Bardboo
      | Reply

      haha, kan? rasanya kat malaysia memang tak adalah jumpa kaunter hotel tutup terus..masa kitorang mula2 sampai tu, pelik gak macam mana la nak masuk bilik..rupanya kena ambil kunci sendiri..
      Bardboo recently posted..Banyak Ni Je Ke Yang Join?My Profile

  4. zie fauzi
    | Reply

    ehh….x perasan la mama ammar dh updated blog… lama sgt x updated ni.. lupa dah nak mai sini… 🙂
    zie fauzi recently posted..Kaki Komen Untuk Suku Pertama 2012My Profile

    • Bardboo
      | Reply

      memang lama tak update blog hari tu..ye la cik abang ni cuti dua minggu..so dua minggu gak la bard tak ada on9 sgt…on9 kejap2 je..
      Bardboo recently posted..Banyak Ni Je Ke Yang Join?My Profile

  5. Eiffel, I’m in Love | Percutian di Paris
    | Reply

    […] baca entri pertama untuk siri ‘Percutian di Paris‘ tu? Kalau belum baca, sila klik SINI ye. Ok bagi yang dah baca, mari kita sambung pengembaraan. Hehe. […]

  6. Cikgu Hairul
    | Reply

    Jauh berbeza dengan Malaysia. Cara hidupnya, gaya hotelnya, undang-undangnya.. Macam nak merasa je semua tu sendiri. Tapi baca blog ni pun dah kira timba pengalaman gak lah..hehe
    Cikgu Hairul recently posted..Dosa Menjelang PRU 13.My Profile

    • Bardboo
      | Reply

      memang berbeza..sebab tu tajuknya saya letak macam tu..hehe..nanti rajin2 la datang sini untuk baca sambungan ceritanya ye.. =)
      Bardboo recently posted..Banyak Ni Je Ke Yang Join?My Profile

  7. Zarul Umbrella
    | Reply

    perjalanan yg hampir sama jauhnya dgn KL ke KB melalui Terengganu…best2
    Zarul Umbrella recently posted..Perbaharui “Lesen Terbang”My Profile

  8. rahman
    | Reply

    satu perjalanan yang panjang.. jauh perjalanan banyak pengalaman
    rahman recently posted..Berbasikal demi kesihatanMy Profile

  9. anif
    | Reply

    Jauh perjalanan tu 7++km! Tapi berbaloi la sebab ke Paris tu!
    anif recently posted..Harga Proton PreveMy Profile

  10. azmanisma
    | Reply

    he3 best kalau jalan bawa bekal…terasa seronok..sebab jimat duit..
    azmanisma recently posted..Orang Bertatoo GanasMy Profile

  11. akubiomed
    | Reply

    Boleh kematut bontot lama-lama duduk didalam kereta. Dapat pula Ammar mula dapat kepak memang tidak duduk diam sepanjang perjalanan. 🙂
    akubiomed recently posted..Skodeng blog Bardboo yang nun di PerancisMy Profile

  12. dakpink
    | Reply

    Seronok je bace cerita org di perantauan ni. =)

  13. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    wah bestnya dapat cuti2 luar negara..bila lg kan nak merasa..ini peluangnya..kira 700 km lbh tu kalu kat Malaysia ulang alik balik kg sy..jenuh tu duk dlm kereta..

  14. Jobless Girl
    | Reply

    Nampak sejuk dekat situ.. Enjoy your trip.
    Jobless Girl recently posted..Sales jobMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge