» » Kaki Kejang Semasa Mengandung

Kaki Kejang Semasa Mengandung

posted in: Shaklee | 3

Assalamualaikum.

Kaki kejang semasa mengandung merupakan satu perkara yang kerap juga berlaku, terutamanya pada trimester kedua dan trimester ketiga. Secara ringkasnya, kejang kaki ini disebabkan oleh kontraksi otot luar kawalan yang boleh menejajaskan betis kaki. Mama pun pernah mengalami pengalaman kaki kejang semasa mengandungkan Irdhina Aneesa. Memang sakit sangat-sangat. Hanya yang dah pernah rasa je tahu macam mana sakitnya.

Mengapakah Kaki Kejang Semasa Mengandung?

  • Ibu hamil kekurangan kalsium dan magneisum yang diperlukan
  • Nutrien yang diserap oleh ibu hamil dikongsi bersama dengan bayi di dalam kandungan
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki ibu hamil
  • Pembentukan asid lactic (hasil sampingan metabolisme) akan menjejaskan pengaliran darah di kaki
  • Kelebihan fosforus (terdapat dalam daging yang telah diproses, makanan snek, dan minuman bikarbonat)

Cara Mengurangkan Kesakitan Semasa Kaki Kejang Berlaku:

  • Cuba regangkan kaki dengan meluruskan kaki anda. Mulakan dengan tumit dahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan ibu jari kaki anda. Mula-mula anda akan rasa sakit sangat, tapi sakitnya akan hilang secara bernasur-ansur
  • Urut otot kaki yang kejang

Cara Untuk Mengelakkan Kejang Kaki Semasa Mengandung:

  • Pakai stokin sokongan, dan memilih kasut yang sesuai untuk dipakai sepanjang hari
  • Buat senaman regangan otot sebelum tidur
  • Elakkan berdiri terlalu lama dalam satu jangka masa
  • Amalkan pemakanan suplemen kalsium sebelum tidur
  • Minum air yang mencukupi
  • Alaskan kaki dengan bantal semasa tidur
  • Urut betis kaki sebelum tidur

Suplemen Kalsium Untuk Kaki Kejang Yang Sesuai?

OsteMatrix Shaklee sangat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami masalah kejang kaki. Suplemen OsteMatrix ini sangat bagus kerana ianya merupakan gabungan lengkap kalsium, magnesium, dan vitamin D. Disebabkan Mama dah pernah merasa macam mana sakitnya kejang kaki ni, jadi Mama berharap sangat ibu-ibu hamil di luar sana tak perlullah merana macam Mama dulu (dulu belum mengamalkan vitamin Shaklee).

ostematrix shaklee

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

3 Responses

  1. staibaqhang
    | Reply

    terbaik tips ni… orang tak ngandung pun kadang2 kejang kaki masa tidur

  2. Nak Hamil Dengan Sihat
    | Reply

    […] Untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium […]

Leave a Reply

CommentLuv badge