» » Kasih Seorang Ibu

Kasih Seorang Ibu

Assalamualaikum.
Korang saya mak korang tak? Mestilah sayang kan? Dah mak kita yang mengandungkan kita, melahirkan kita, dan membesarkan kita. Ingat senang ke? Susah tau!!!
Tapi kenapa ye bila dah besar, ramai anak melupakan mak diorang? Nak telefon pun susah, dan bila bercakap plak, mak aih kasar semacam! Tak baik tau macam tu. Jangan sampai hati seorang ibu terluka, nanti kita tak cium bau syurga.
Setakat mana sayangnya korang pada mak korang? Erm, bagi saya, saya sayang Bonda saya sangat-sangat (yup saya panggil mak saya dengan panggilan Bonda). Pleasa jangan tanya kenapa.
Saya ingat lagi masa saya kena operate apendiks dulu (masa darjah enam). Bonda yang jaga saya kat wad. Bila saya menangis sakit, saya nampak airmata Bonda pun meleleh gak. Masa kahwin dulu pun, selalu nampak Bonda menangis. Susah kot bagi Bonda untuk melepaskan anak bongsu dia ni.
Kalau boleh, saya nak sentiasa dekat dengan Bonda. Tapi bila dah kahwin ni, kenalah ikut suami. Nak balik tiap-tiap minggu macam masa belajar dulu pun dah tak boleh, sebab sekarangni duduk jauh. Tapi saya tahu Bonda paham, sebab Bonda kan mak saya? Betul tak?
Alamak, saya tak mahu tulis lebih-lebih, nanti saya emosi. Kang ada plak Cik Abang balik tengok mata saya sembap! Hehe.

Leave a Reply

CommentLuv badge