» » Kebas-kebas Tangan Masa Mengandung

Kebas-kebas Tangan Masa Mengandung

Assalamualaikum.
Sejak akhir-akhir ni, tangan saya selalu sangat rasa kebas-kebas. Dah beberapa minggu dah jadi macam ni, dan kebasnya memang tak hilang. Terutuamanya kat tangan kanan.
Dan bila tengah tidur malam plak, saya mesti akan terjaga, at least sekali. Dan masa tu, dua-dua tangan akan rasa sakit sangat-sangat.

Tak tahulah kenapa. Bila bangun pagi pun dua-dua tangan akan rasa sakit. Sampaikan nak ikat rambut pun susah. Huhu. Tapi lepas sakit dah hilang, yang tinggal cuma kebas-kebas tu jela sepanjang hari.

Tapi kan, kebas jari ni sangatlah tak best!! Pegang apa-apa benda pun tak rasa apa. Pegangan pun jadi tak kuat sangat. So kalau saya pegang apa-apa barang memang senang sangatlah nak terlepas dari tangan ni. Kadang-kadang tu rasa tensen gak. Tapi nak buat macam mana, terpaksalah terima dugaan ni.
Saya ada search kat internet. Mungkin apa yang saya hadapi sekarangni dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome. Namanya macam gempak je, kan? Haha. Tapi saya tak confirm la betul ke tak. Sebab tak pergi jumpa doktor pun. Dah berbuih mulut Cik Abang ajak pergi klinik, tapi saya buat bodoh je.
Erm korang-korang yang dah pernah mengandung, ada tak rasa kebas-kebas tangan macam ni?

One Response

  1. Pengalaman Kaki Kejang Masa Mengandung
    | Reply

    […] macam mana. Masa mengandungkan Ammar dulu tak pernah pula rasa, cuma masa tu merana dengan kebas tangan. Betullah cakap orang, setiap kehamilan tu lain2 […]

Leave a Reply

CommentLuv badge