» » Kelebihan Wanita Yang Lelaki Tak Boleh Buat

Kelebihan Wanita Yang Lelaki Tak Boleh Buat

Assalamualaikum.

Lelaki dan wanita itu lumrahnya berbeza. Perbezaan itu menjadikan kita saling memerlukan antara satu sama lain. Dan perbezaan itu jugalah yang melengkapkan sesebuah perhubungan. Betul tak?

Bagi wanita, kita diberikan kelebihan superpower untuk boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa. Kiranya perempuan ini ‘multi-tasking’ la. Macam yang disebutkan dalam video di bawah ni, memang semua wanita boleh buat benda ni, tapi lelaki tak boleh. Kalau ada yang boleh buat, memang tabik la!

Selain boleh buat banyak kerja dalam satu masa yang sama, wanita juga otaknya boleh ligat berfikir sambil-sambil buat kerja tu tau. Contohnya tengah memasak sambil dukung anak, dia masih boleh lagi fikirkan apa yang hendak dibuat selepas ini. Tapi kalau lelaki tengah buat satu-satu kerja dan kita tanya soalan, maka jawabnya “Nanti jap, abang tengah fokus ni”. Hihi. Betul tak? Betul tak? =P

tips bisnes online untuk surirumah

Tapi bukanlah bermakna lelaki ni tak hebat. Mereka ni hebat dari segi lain. Kehebatan mereka adalah dalam menyelesaikan masalah. Lelaki bila selesaikan masalah, dia akan fikirkan dari segala sudut dengan teliti. Dan mereka ini akan berfikir secara logik, bukan secara emosi semata-mata. Kalau perempuan, bila ada masalah sikit, emosinya je yang melebih-lebih. Hihi.

Sebab itulah kita ni saling memerlukan antara satu sama lain. Tak perlulah berdebat siapa yang lagi hebat. Masing-masing ada kelebihan masing-masing. Jadi bila dah tahu kelebihan-kelebihan ini, bolehlah kita lebih menghargai pasangan kita, kan? Raikan perbezaan, bukannya jadikan perbezaan sebagai titik pergaduhan.

One Response

  1. ohcikgu
    | Reply

    dari sudut lain..banyak gak orang perempuan tak leh buat apa yang laki leh buat.

    hehe..
    ohcikgu recently posted..88 Senarai Kit Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Malaysia 2015My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge