» » Kembali Setelah Lama Menyepi

Kembali Setelah Lama Menyepi

Assalamualaikum.
Korang semua apa khabar? Waa, lama betul saya tinggalkan Blog Bardboo ni kan?  Rasanya ada kot dalam sebulan. Memang bersawang habislah blog ni. Hehe.
Kenapa saya lama tak update? Sebab  mula-mula adalah tengah menunggu masa nak bersalin. Punyalah berharap dapat bersalin awal. Tapi harapan tingal harapan. Dan bila tengok plak orang lain yang due date lagi lambat dari saya dah bersalin dulu, lagilah bengang! Terus decide tak mahu tengok blog dah. Hehe.
Dan akhirnya ditakdirkan saya lahirkan baby kami pada 19 Mei 2011, sama dengan due date. Pergh, penat menunggu dari awal. Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Bersalin normal, kat Pusat Bersalin Barakah. Nanti saya update pasal pengalaman bersalin ye.Bila dah bersalin, kena berpantang plak. Badan lemah sangat, so lagilah malas nak update blog. Itulah sebabnya blog ni dah terabai lama. Now dah 13 hari dalam pantang. Badan dah kuat, so bolehlah blogging balik!!! ^_^

Nak kenal dengan baby kami?? Tunggu next entry. Tengah bengang menaip guna laptop Kakteh ni. Payah betul. =P

Leave a Reply

CommentLuv badge