» » Kenapa Air Kencing Kuning Selepas Makan B Complex?

Kenapa Air Kencing Kuning Selepas Makan B Complex?

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Minggu lepas Mama dah kongsikan salah satu penyebab yang mungkin membuatkan kita sering marah dan stress. Iaitu disebabkan oleh kekurangan vitamin B. Dan sebagai langkah pencegahan, anda boleh mengambil suplemen B Complex dari Shaklee.

Tapi ada satu fenomena biasa selepas mengambil B Complex ini, iaitu air kencing menjadi warna kuning. Bagi yang pertama kali mengalaminya, pasti akan rasa terkejut dan panik.

b-complex shaklee

Kenapa Air Kencing Kuning Selepas Makan B Complex?

Anda perlu tahu yang vitamin B merupakan vitamin larut air. Bermaksud lebihan vitamin B akan disingkir keluar dari badan. Salah satu cara penyingkiran adalah melalui air kencing. Dan di dalam B Complex ini ada vitamin B2 (riboflavin) yang warna molekulnya adalah warna kuning.

Jadi bila terdapat lebihan vitamin B dalam badan, ianya akan disingkirkan melalui air kencing dan kandungan B2 tadi akan menyebabkan air kencing berwarna kuning.

Perkara ini merupakan perkara biasa sahaja. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menambah jumlah air yang diminum setiap hari supaya warna kuning tersebut dapat dikurangkan.

Ianya semudah itu sahaja. =)

Bagi yang belum memiliki B Complex, bolehlah hubungi Mama ye.

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

Leave a Reply

CommentLuv badge