» » Kenapa Kita Kena Kaya?

Kenapa Kita Kena Kaya?

Assalamualaikum.

Kalau dulu, Mama selalu fikir buat apa nak kumpul duit banyak-banyak, bukannya boleh bawa masuk kubur pun. Ya, rasanya memang beginilah mentaliti kebanyakan dari kita kan? Sebabnya corak pemikiran seperti ini memang sudah lama disematkan dalam minda kita oleh orang-orang tua.

Kenyataan tu ada separuh betulnya. Memang duit tak boleh bawak masuk dalam kubur. Tapi apa yang kita buat dengan duit tersbut yang akan kita ‘bawa’ ke alam yang satu lagi. Nak balasan yang baik, maka lakukanlah perkara-perkara yang baik dengan duit yang kita ada tu.

kenapa kita kena kaya?

Nak buat apa dengan duit yang banyak? Jom kita senaraikan, semoga ianya boleh manjadi pendorong untuk kita semua menambahkan pendapatan masing-masing.

  1. Bawa ibu dan ayah menunaikan haji.
  2. Beri duit belanja pada mak dan ayah tiap-tiap bulan.
  3. Bersedekah tanpa had.
  4. Memberi bantuan makanan dan sumbangan pada orang-orang susah.
  5. Berwakaf.
  6. Membina rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua.
  7. Menubuhkan yayasan pendidikan untuk orang-orang kurang berkemampuan.

Dan sebenanrnya ada banyak lagi kebaikan yang boleh kita lakukan apabila kita sudah kaya. Selain dari membuat kebaikan pada orang lain, kita juga akan mendapat kebebasan dari segi masa dan kewangan. Dengan duit tersebut, kita boleh membeli pelbagai aset dan membuat simpanan yang banyak. Antara yang boleh dinikmati apabila menjadi orang kaya adalah:

  1. Membeli aset dengan mudah.
  2. Dapat memiliki semua barang yang diinginkan.
  3. Boleh melancong di dalam dan di luar negara.
  4. Dapat menikmati hidangan di restoran mewah

Haa, best kan jadi orang kaya. Jom kita berangan dulu. Dan lepas itu disertai dengan tindakan. InsyaAllah, angan-angan ini akan menjadi kenyataan. =)

One Response

  1. griya yatim
    | Reply

    Artikel nya sangat bermanfaat bagi saya, terima kasih.

Leave a Reply

CommentLuv badge