» » Kenapa Komen Kalau Tak Baca Entry?

Kenapa Komen Kalau Tak Baca Entry?

Assalamualaikum.
Saya cukup terkilan dengan perangai segelintir blogger. Diorang tinggalkan komen hanya sekadar mahu meninggalkan jejak. Kalau kita baca komen yang ditinggalkan tu pun, kita memang tahu dia tak baca entry langsung!! (Korang pernah tak dapat komen yang macam ni?)
Masalahnya di sini, kenapa harus menipu? Susah sangat ke mahu baca entry yang tuan blog dah penat-penat taip? Kalaupun memang tiada benda yang hendak dikomen, kamu boleh tekan “X” di bahagian kanan atas tu.
Dan kalau memang hanya ingin meninggalkan jejak dengan niat untuk tuan blog kembali ke blog kamu, buatlah di ruangan SHOUTBOX, bukan di ruangan komen. Saya memang cukup terkilan dengan blogger-blogger yang macam ini, hanya mengejar trafik semata-mata.
Bukanlah saya nak mengatakan yang saya ni blogger yang baik sangat. Tapi sekurang-kurangnya saya mengambil masa untuk membaca entri yang orang tulis dan lepas tu baru saya komen. Kalau tidak ada benda nak dikomen, saya tinggalkan jejak di shoutbox. Bukankah itu lebih baik daripada menipu hanya kerana nak naikkan trafik?
Ehem: Buat apa-apa kerja pun biarlah ikhlas, baru berkat.
Ehem-ehem: Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya.

Leave a Reply

CommentLuv badge