» » Kenapa Nak Jadi Ahli Shaklee? Berbaloi, Atau Membuang Masa?

Kenapa Nak Jadi Ahli Shaklee? Berbaloi, Atau Membuang Masa?

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Setelah beberapa hari menyepi, hari ini Mama mula kembali semula untuk menulis di sini. Beberapa hari yang lepas Mama tiada di rumah. Kami pergi bercuti ke Nice, Milan, Venice dan Monaco. Kisah percutian ini nanti akan Mama ceritakan di blog utama Mama – Blog Bardboo.

Ok berbalik kepada tajuk entri. Kenapa nak jadi ahli Shaklee? Macam mana Mama boleh terjebak dengan bisnes Shaklee ini? Hurm, Mama sendiri pun tak sangka pada mulanya. Sebab Mama memang pandang sebelah mata je pada MLM, kiranya memang anti-MLM sungguhlah!

Tak dinafikan yang selama ini memang Mama mencari peluang perniagaan yang sesuai dengan Mama. Mama tak mahu buat perniagaan yang perlu simpan stok, dan perlukan orang di Malaysia untuk poskan barang (kami masih lagi menetap di luar negara buat masa ini). Dan Mama juga tak berminat untuk menjual baju-baju dan tudung-tudung, kerana kena selalu mencari fesyen terbaru. Macam banyak pula kerja jadinya nanti, kan?

Jadi bila Mama beli Shaklee untuk kuruskan badan, tiba-tiba je Mama terfikir untuk mencuba jual Shaklee. Lagipun  Mama tengok ramai yang dah berjaya dengan bisnes ini. Kalau diorang boleh, takkan Mama tak boleh. Yang lebih menarik minat Mama, peniaga-peniaga Shaklee ini kebanyakkannya menumpukan pada penjualan produk, dan bukan pada merekrut ahli-ahli baru semata-mata (lebih dikenali sebagai teknik head-hunting).

Dan disebabkan produk Shaklee ini berkaitan dengan kesihatan, ianya memang amat serasi dengan jiwa Mama sebab Mama juga memang berasal dari bidang kesihatan. Bila dapat melihat ibu dan kakak sendiri semakin sihat sejak menggunakan produk Shaklee, Mama menjadi bertambah semangat untuk membantu lebih ramai lagi orang-orang di luar sana untuk sihat.

Jika dilihat dari segi pelan perniagaannya pula, Shaklee menggunakan satu sistem MLM yag adil. Ini bermaksud kita bekerja untuk diri kita sendiri, bukan untuk upline kita. Bila-bila masa sahaja kita dapat naik pangkat lebih tinggi dari upline. Begitu juga dengan bonus bulanan. Lebih banyak jualan yang dibuat, maka lebih banyak bonus yang kita akan dapat. Dan tak mustahil juga bonus kita lebih besar dari upline. Bila Mama sedar tentang benda ini, Mama jadi lebih yakin dengan bisnes Shaklee.

Impian Mama dengan Shaklee ini besar! Mama betul-betul nak berjaya dengan bisnes ini. Kalau boleh, Mama ingin menjana pendapatan tetap setiap bulan dan mampu untuk menyumbang kepada pelbagai pihak. Mama tidak mahu menjadi surirumah biasa, tapi mahu jadi surirumah luarbiasa!

Dengan bisnes Shaklee ini, hari-hari Mama lebih terisi. Disamping menguruskan keluarga, Mama juga berusaha untuk mengembangkan bisnes ini. Tak adalah rasa bosan je hari-hari tak tahu nak buat apa. Sebab dah ada target yang hendak dicapai.

Jadi, perniagaan Shaklee ini berbaloi, atau membuang masa? Jawapannya terletak pada diri kita sendiri. Kalau kita buat betul-betul, ianya memang berbaloi. Tapi kalau kita buat sekadar main-main, ianya memang membuang masa!

Anda bagaimana? Nak juga jadi surirumah luarbiasa? Mama ingin menjemput anda untuk menyertai kumpulan Diamond Network kami. Maklumat lanjut boleh baca di sini: Cara Jadi Ahli Shaklee

2 Responses

  1. Anuar
    | Reply

    Banyak juga faedah menjadi ahli Shaklee ni… Patutlah ramai kawan-kawan saya dah jadi ahli…
    Anuar recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Penerangan S41 Telah Di Buka JualannyaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge