» » Kenapa Perlu Minum Air Banyak Bila Makan Suplemen?

Kenapa Perlu Minum Air Banyak Bila Makan Suplemen?

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Jika semalam saya dah terangkan dua jenis suplemen yang perlu diambil terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan mana-mana set Shaklee, hari ini kita tambah ilmu untuk bahagian lain pula ya. Selalunya bila pelanggan dah dapat barang yang dibeli, saya akan kongsikan dengan mereka jadual pengambilan suplemen tersebut dan akan kongsikan beberapa amanat yang lain. Antara amanat yang paling penting adalah kena banyakkan minum air setiap hari, sekurang-kurangnya 1L air untuk setiap 25kg berat badan.

Persoalannya, kenapa perlu minum air yang banyak bila makan suplemen ni? Tak boleh ke kalau kurang minum air? Apa akan jadi kalau kurang minum air?

minum air banyak

Ok, pertama sekali kita kena tahu yang pil-pil suplemen mengandungi kandungan vitamin dalam dos yang tinggi/pekat. Setelah kita menelan pil suplemen ini, ianya akan berkecai di dalam salur pencernaan kita dan kesemua vitamin-vitamin ini akan berada di dalam salur darah. JIka air yang kita minum adalah sedikit, kandungan darah akan menjadi terlalu pekat dan menyukarkan vitamin untuk diserap oleh sel-sel badan.

Pengambilan suplemen juga membantu untuk membaiki sel-sel badan dan menyingkirkan toksin dari badan. Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan (healing crisis).

Jadi, bila ambil suplemen, kita perlulah menambah pengambilan air seharian, OK? Bagi yang memang sudah biasa minum air banyak, ianya tidak menjadi masalah. Tapi saya yakin ada ramai sangat di luar sana yang sangat susah nak minum air banyak setiap hari, kan? Ha, kat bawah ini saya ada kongsikan tips untuk pastikan kita boleh minum air sebanyak 3L sehari.

  • Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
  • Selepas mandi dan sembahyang Subuh, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
  • Pastikan anda minum sekuarng-kurangnya 1 liter sebelum lunch dan 1 liter selepas lunch.
  • Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
  • Sebelum tidur, minum segelas air masak : 250ml

Mudah sahaja, kan? =)

 

2 Responses

  1. ilah
    | Reply

    Sis,sy mtk izin copy paste ya ?
    Smoga murah rezeki ?

  2. titan
    | Reply

    sesungguhnya..air kosong itu sungguh banyak khasiatnya.

Leave a Reply

CommentLuv badge