» » Kenapa Saya Buat Blog?

Kenapa Saya Buat Blog?

Assalamualaikum.

Saya mula mempunyai blog pada tahun 2009. Masa itu saya masih lagi dalam pengajian di UiTM. Penglibatan saya di dalam dunia blog adalah disebabkan tertarik dengan blog seorang kawan sekolah menengah. Pada masa itu, saya sangat suka tengok blog beliau yang sangat feminin dan comel.

Bermula dari situlah saya mula membuat blog peribadi, yang bertapak di blogspot (http://bard87.blogspot.com/). Disebabkan masa itu saya masih lagi belajar, saya cuma banyak kongsikan mengenai kehidupan belajar yang penuh dengan stress dan diselitkan dengan kisah-kisah cinta bersama Cik Abang. Cara penulisan pada masa itu memang sangat teruk. Gunakan singkatan perkataan yang digunakan dalam SMS, ayat tunggang-langgang, dan kadang-kadang ada juga hanya menulis satu ayat sahaja!

Bila dah habis belajar, saya terus berkahwin dengan Cik Abang dan tak mula kerja dulu kerana tahu akan mengikut Cik Abang pergi sambung belajar di luar negara. Jadi masa terluang yang banyak masa tu saya habiskan dengan berblog. Pada masa inilah saya betul-betul menumpukan perhatian pada blog. Lagipun masa tu saya mengandung, jadi banyak benda yang hendak dikongsikan. Cara penulisan pun dah semakin baik, dan saya tukarkan kata ganti nama ‘Aku’ kepada ‘Saya’ kerana rasa segan bila ada insan yang lebih tua membaca blog ini.

Dan pada 11 Ogos 2010, saya telah membeli domain bardboo.com dan seterusnya Blog Bardboo ini sudah bertapak di hosting sendiri pada 24 Oktober 2011. Kini, saya lebih selesa dikenali sebagai ‘Bardboo’ di alam maya ini. Walaupun ramai yang beranggapan Bardboo ini lelaki, tetapi saya tidak akan menukar nama ini kerana bagi saya nama ini unik.

Saya tahu ramai orang di luar sana yang mengatakan orang buat blog kerana duit. Mungkin memang ada yang betul-betul buat blog kerana duit, tapi bukan saya. Saya buat blog kerana minat, iaitu minat membaca dan minat menulis. Melalui blog ini, saya dapat curahkan segala yang terbuku di hati. Dan melalui medium blog juga, saya dapat membaca coretan rakan-rakan yang lain. Walaupun niat utama berblog bukanlah untuk duit, tetapi bila saya dapat sedikit pendapatan dari berblog, ianya dapat mendatangkan kepuasan yang tak dapat digambarkan.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadi cadangan saya pada mereka di luar sana yang suka bertanya ‘Best ke ada blog?”, “Ada faedah ke buat blog?”, dan yang seumpanya, apa kata anda cuba dulu bina blog dan rasai sendiri keajaibannya. =)

Entri ini dihasilkan bagi sebagai penyertaan kepada pertandingan yang dianjurkan oleh Bro Eizil.

46 Responses

  1. Tiga Tahun Dari Sekarang
    | Reply

    […] Untuk tugasan yang kedua ini, Bro Eizil meminta para peserta untuk bercerita mengenai perancangan dan impian mereka dalam arena blogging. Bak kata penganjur contest – “Sekiranya orang lain tidak mentertawakan impian anda, impian anda tidak cukup besar.” Jadi saya menyahut cabaran ini untuk menulis perancangan saya buat tiga tahun yang akan datang. (Tugasan pertama: Kenapa Saya Buat Blog?) […]

  2. Juan
    | Reply

    tahniah kerana turut serta
    Juan recently posted..Amanah Saham Bumiputera (ASB)My Profile

  3. Naziman
    | Reply

    Mula-mula tengok pun bardboo ingat lelaki, tapi tengok avatar, perempuan. Bukan la tu. Kawan saya pun ramai tanya, best ka ada blog, saya pun terus la rekomen buka blog, cakap blog ni best. Kadang-kadang dorang buka blog saya depan saya sendiri, rasa malu pula. hehe
    Naziman recently posted..Blog Popular mesti ada kumpulan – Tip BloggingMy Profile

  4. hatiputera
    | Reply

    menarik bila membaca pengalaman rakan blogger ketika mula berblogging. Good luck.
    hatiputera recently posted..Double Samurai BurgerMy Profile

  5. wazy
    | Reply

    Semoga berjaya,menarik juga pengalaman masa mula-mula menceburi blogging ni
    wazy recently posted..Bermulanya Kisah Seorang BloggerMy Profile

  6. azman
    | Reply

    Wah dah masuk yer kontest anjuran eizil..tahniah2..
    azman recently posted..Main Ayam Sampai Tak Sedar Duit Kena KebasMy Profile

  7. suri
    | Reply

    skurg dpt manfaatkan masa yg terbuang
    suri recently posted..Tutup BumiMy Profile

  8. titan
    | Reply

    ohh..cepatnya kahwinnn..
    titan recently posted..Aku harus terus senyum.My Profile

  9. Zida
    | Reply

    bila dikenang balik cara zaman dulu masa mula-mula kite berblogging, mesti rasa nak gelak kan, hahah mesti rasa, alahai comelnya kite waktu tu (eh perasan kejap) maklum lah zaman tak matang sangat kan! hehehe

    πŸ˜›

  10. Sya Isya
    | Reply

    nama yang unik memang senang orang nak ingat. Sya pun ramai juga panggil bro, lebih2 lagi masa banyak entri bola dulu. dulu lah. sekarang dah tak sempat layan bola. hehe…

    Good luck for the contest. Sya tak buat2 lagi entri. huargh.. πŸ™
    Sya Isya recently posted..RUNTUN QALBU TV3 (SLOT ZEHRA) | SINOPSIS DAN PELAKONMy Profile

  11. kimmie
    | Reply

    good luck Bard πŸ™‚
    kimmie recently posted..Blog…kenapa ia wujud??My Profile

  12. Sara
    | Reply

    gud luck yer Cik Bardboo πŸ™‚
    Sara recently posted..Tonton Online Drama Adam Dan Hawa Episod 17My Profile

  13. sensasi2020
    | Reply

    Bardboo satu nama yang unik,
    Dah pasti ramai yg akan mengingati,
    Teruskan minat yg mendalam dgn entri terbaik,
    Supaya ramai rakan-rakan yg akan kunjungi.

    #Selamat Berjaya dlm perebutan sbg pemenang contest.
    sensasi2020 recently posted..Kenapa Aku Menulis Blog Dan Apakah Penyebabnya?My Profile

  14. Yas
    | Reply

    Yang penting kita sendiri mau happy bila berblog….kan..kan
    Yas recently posted..TENANGKAN HIDUP DENGAN TIGER BALM NECK & SHOULDER RUBMy Profile

  15. Hafizul
    | Reply

    Hehe..lama dah buat blog..paling menarik cinta tu lekat smp kini..hehe..gud luck selalu yer..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] JertehMy Profile

  16. lewisdotmy
    | Reply

    bardboo memang nama yg unik
    lewisdotmy recently posted..Update iOS 6 untuk iPhone iPad Dan iPodMy Profile

  17. Mummy Akmar
    | Reply

    Bermcam-macam cerita dan pengalaman yang boleh dikongsikan bersama.

    Mummy ucapkan selamat berjaya!!
    Mummy Akmar recently posted..5 Warna Design Baju Musim Panas 2012My Profile

  18. Anuar
    | Reply

    Good Luck.. Semoga berjaya memenangi petrandingan ini.. πŸ˜‰
    Anuar recently posted..Maybank Legoland Blogger ContestMy Profile

  19. Denaihati
    | Reply

    good luck untuk contest eizil,com. memang seronok dapat berkongsi pengalaman bermula blogging, semua orang ada cerita tersendiri..
    Denaihati recently posted..Ini bukan musuh ISLAM kah?My Profile

  20. tehr
    | Reply

    masing2 ada sebab sendiri
    apa yang utama kita gembira dengan apa yang kita buat
    selamat berjaya
    tehr recently posted..Pantun Sakit PerutMy Profile

  21. Jebeng Otaiβ„’
    | Reply

    gud luck..hehe
    Jebeng Otaiβ„’ recently posted..Wordless Wednesday : Apa kes?My Profile

  22. muazfaris
    | Reply

    saya buat blog sbb suka dgn SEO.. haha.. tp smpai skrg tak pro2 lagi.
    muazfaris recently posted..Blog muazfaris.com kena hack oleh DbuzzMy Profile

  23. ajumohit
    | Reply

    Good luck ye, nice blog anyway!! πŸ˜‰
    ajumohit recently posted..Semakan Penempatan Program Pensiswazahan Guru Ambilan 2/2012My Profile

  24. donnyien
    | Reply

    aku ingatkan blog Bardboo seorang lelaki =D
    donnyien recently posted..Hui Yee mati di pangkuan bapaMy Profile

  25. budak felda
    | Reply

    oic..betul2 tak kenal maka x cinta..bila dah terjebak dlm blogging sure ketagih
    budak felda recently posted..Wordless Wednesday : Bantuan WordPressMy Profile

  26. hafizrahim
    | Reply

    sama la..mula berblog sebab terpengaruh rakan-rakan..makin lama makin seronok plak..sampai la sekarang..hehe
    hafizrahim recently posted..Aku, Kuala Lumpur dan Tong SampahMy Profile

  27. kimmie
    | Reply

    dah lama rupanya Bard berblog..pengaruh rakan memang faktor yang sangat kuat dalam diri remaja.
    kimmie recently posted..Wordless Wednesday 38: Selamat ke??My Profile

  28. anif
    | Reply

    Semoga berjaya.. πŸ˜€

    Ada banyak sebab yang boleh mencetuskan minat untuk berblog..
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #53My Profile

  29. donnyien
    | Reply

    good luck juga~
    donnyien recently posted..Wordless Wednesday # Drift @ The CurveMy Profile

  30. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    Good luck bard…

    Seronok baca pengalaman blogging kawan2 blogger

  31. Eizil
    | Reply

    Pengaruh rakan sebaya ni (kalau ya lah sebaya)… tapi betullah tu, dalam apa juga bidang, kita perlu lalui sendiri untuk mengetahui kemanisan atau kepahitan sesuatu bidang itu. Sebelum ni selalu gak terfikir, patut ke panggil bardboo, rasa macam tak sesuai jer, tapi dah memang itu gelaran yang digunapakai, takperlah aa kan… πŸ™‚
    Eizil recently posted..Bagaimana segalanya bermula.My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge