» » Kenapa Shaklee Yang Menjadi Pilihan?

Kenapa Shaklee Yang Menjadi Pilihan?

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa pilih Shaklee sebagai bisnes sedangkan ada banyak pilihan lain yang lebih mudah, kan? Sebenarnya, Mama dah pernah ceritakan di blog ini sebelum ini kenapa Mama memilih untuk menjalankan bisnes Shaklee. Anda boleh baca perkongsian Mama di entri ini: Bisnes Terbaik Buat Suri Rumah

Selain daripada faktor-faktor yang Mama dah ceritakan dalam entri tersebut, bisnes Shaklee juga menjadi pilihan kerana ianya boleh dijalankan 100% secara online, tanpa perlu keluar rumah. Ini merupakan kelebihan yang sangat bagus untuk suri rumah seperti Mama.

bisnes shaklee

Lagipun, Mama sangat suka dengan Shaklee kerana Shaklee membantu orang untuk lebih sihat. Mama memang tidak suka lihat orang sakit. Mungkin sebab inilah Mama ambil keputusan untuk tidak bekerja (Mama berasal dari bidang kesihatan).

Dan dengan bisnes Shaklee, Mama dapat menambah kenalan. Pertama, tambah kenalan dengan para pelanggan Mama. Kerana prinsip kumpulan kami, bukan sekadar menjual Shaklee. Tapi kami tetap akan terus menghubungi pelanggan untuk mengetahui samaada mereka ada mengalami sebarang masalah sejak mengambil suplemen. Kedua, tambah kenalan dengan rakan-rakan pengedar Shaklee yang lain. Alhamdulillah, ukhwah antara kami yang terbina ini membuatkan Mama tidak pernah merasa bosan di rumah. Kerana kami sentiasa berhubung melalui Whastapp.

Jadi, bisnes ini memang yang terbaik buat Mama. Walaupun Mama ada juga menjual shawl Scarf Secrets, tapi itu hanyalah sebagai sampingan sahaja. Minat utama Mama sudah semestinya Shaklee, kerana Mama sudah jatuh cinta dengannya. Anda pula macam mana? =)

Leave a Reply

CommentLuv badge