» » Khasiat Vivix Buat Hati Terpikat

Khasiat Vivix Buat Hati Terpikat

posted in: Shaklee | 6

Assalamualaikum.

Hari ni Mama nak kongsikan dengan pembaca semua tentang pengalaman Bonda (emak kepada Mama) setelah makan Vivix ini. Sebelum Mama teruskan, rasanya eloklah Mama ceritakan dulu mengenai sejarah penyakit Bonda.

Bonda ada sakit darah tinggi semasa mengandungkan anak pertama, anak keempat, dan anak ketujuh. Masa mengandungkan anak kedua, ketiga, kelima, dan keenam, tak ada darah tinggi masa mengandung. Tapi sejak kena darah tinggi yang masa mengandungkan Mama (anak ketujuh), Bonda punya darah tinggi tak hilang-hilang dah, sampailah sekarang.

Dan masa dah anak tiga, mata Bonda dah mula terkenyit-kenyit sebelah secara sendiri. Bukan dibuat-buat, tapi sebelah mata tu memang akan sentiasa terkenyit-kenyit, sampailah sekarang. Tapi tak sakit.

Cuma, sebelum Bonda datang ke Perancis untuk jaga Mama dalam pantang bersalin, mata Bonda dah mula sakit-sakit. Penyebabnya adalah bila Bonda kait buah mangga, mangga tu terjatuh kena kepala Bonda. Dan sejak tu lah Bonda mula sakit.

Masa Bonda di sini, Mama memang selalu nampak Bonda menahan sakit. Kalau Bonda tiba-tiba diam masa tengah berborak, ataupun tiba-tiba tangannya pegang di kawasan mata, maknanya tengah menahan sakitlah tu. Risau dibuatnya, tapi tak tahu nak buat macam mana.

Sehinggalah Mama dah mula jadi pengedar Shaklee. Rasa macam nak bagi Bonda makan suplemen, tapi takut Bonda tak nak. Tapi sehinggalah saya terbaca testimoni yang kesnya sama macam Bonda, ada darah tinggi, dan mata terkenyit-kenyit. Tapi yang ini 15 tahun, Bonda pula dah 40tahun kena. Lama, kan? Tapi dulu tak sakit, jadi tak risau sangat. Cuma bila dah tahu Bonda sakit ni, memang hati rasa tak senang.

Jadi, Mama pun order sebotol Vivix, poskan ke rumah Kakngah, dan minta Kakngah untuk pujuk Bonda makan. Dalam lebih kurang dua minggu lepas tu, masa tengah Skype dengan Bonda, tiba-tiba je Bonda cakap “Bonda dah tak rasa sakit dah sejak makan ubat adik bagi tu. Dah elok dah”. Hah, memang terkejutlah masa tu. Sebab masa Skype tu tak ada rasa pun nak tanya ok ke tak makan Vivix, tapi tiba-tiba Bonda terus cakap macam tu. Rasa macam nak menangis je. Tapi kenalah kawal kan, cover macho! Hehe.

vivix shaklee

Tapi masa tu Mama tak tanya macam-macam, sebab kat rumah Bonda tengah ada ramai orang, bising. Lepas dari tu, Mama ada mesej dengan Kakngah dan Kakngah cerita yang Bonda cakap dulu bila ambil wudhuk Bonda akan rasa ngilu, sekarang tak dah.

Dan semalam Mama minta Kakteh pula untuk ‘interview’ Bonda pasal pengalaman menggunakan Vivix ini. Dan selain daripada yang dah disebut di atas, Bonda kata badan rasa segar je sejak makan Vivix ni.

Alhamdulillah, baru senang hati Mama sekarangni. Mama jauh, tak dapat nak jaga Bonda sendiri. Jadi, setakat dapat bagi makan suplemen yang terbaik sahaja. Kita usaha, tapi yang memberikan kesembuhan tu hanyalah Allah.

UPDATE: Klik SINI Untuk Tahu Apa Sebenarnya Sakit Yang Bonda Hadapi?

p/s: Vivix bukan sahaja untuk cantik macam Ayu Raudhah, tapi juga elok untuk pesakit angin ahmar dan kencing manis.

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

 

6 Responses

  1. […] serasi dengan jiwa Mama sebab Mama juga memang berasal dari bidang kesihatan. Bila dapat melihat ibu dan kakak sendiri semakin sihat sejak menggunakan produk Shaklee, Mama menjadi bertambah semangat […]

  2. […] ni. Memang Mama bersyukur sangat bila Bonda dah pulih sejak makan Vivix. Boleh baca testimoninya di SINI. Dan di bawah ini pula Mama kongsikan testimoni Vivix dari mereka-mereka yang dah pernah […]

  3. suri
    | Reply

    wah ada pembaharuan bagus2
    suri recently posted..DIY ScrunchiesMy Profile

  4. Anuar
    | Reply

    Banyak juga Khasiat Vuvix ni… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
    Anuar recently posted..Kunjungan Fizo Omar (Pelakon/Pegacara TV) ke Affiliate Junction Business CentreMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge