» » Kita Tidak Tahu Bila Kita Akan Ditinggalkan, Ataupun Kita Yang Akan Meninggalkan

Kita Tidak Tahu Bila Kita Akan Ditinggalkan, Ataupun Kita Yang Akan Meninggalkan

Assalamualaikum.
Pernah tak korang terfikir yang suatu hari nanti, orang yang korang paling sayang akan tinggalkan korang selama-lamanya? Bila masa itu sampai nanti, kita dah tak dapat nak dengar suara orang yang paling kita sayang itu lagi, tak dapat nak cium dia, tak dapat nak dengar gelak-tawa dia, dan macam-macam lagi.
Pada masa itu, mesti kita akan terasa kehilangan yang teramat besar, kan?

Tapi masa orang yang kita sayang itu masih ada bersama kita, masih menghirup udara yang sama, adakah kita menghargai saat-saat itu? Ada tak kita ambil masa untuk mengucapkan kata-kata sayang padanya? Pernah tak kita merenung wajahnya, sambil mengingati setiap bentuk rupa wajahnya? Atau pernah tak kita meminta maaf dengan seikhlas-ikhlasnya?

Rasanya ramai yang tak berpeluang membuat perkara-perkara di atas. Sebabnya kita rasa kita masih ada banyak masa lain untuk berbuat begitu. Atau mungkinkah kita menunggu saat orang itu terlantar sakit di atas katil, atau saat malaikat sudah mahu menjemputnya? Tapi tidak ke kita pernah terfikir, orang yang kita sayang itu boleh pergi dalam sekelip mata. Ataupun, mungkin kita yang akan pergi meninggalkan mereka?
Jadi, marilah menikmati dan menghargai masa yang kita ada bersama dengan orang tersayang ini dengan sebaik-baiknya. Kerana kita tidak tahu bila kita akan ditinggalkan, ataupun mungkin kita yang akan meninggalkan.

Ehem: Tiba-tiba saya terfikir macam mana Bonda menghadapi kehilangan Arwah Abah. Seingat saya, saya hanya nampak Bonda menangis masa hari Arwah Abah meninggal. Masa tu saya kecil lagi, tak tahu apa-apa. Tapi sekarang saya rasa mesti masa tu Bonda banyak menangis sebelum tidur, kan?

Leave a Reply

CommentLuv badge