» » Yogurt Mask Untuk Kulit Licin

Yogurt Mask Untuk Kulit Licin

Assalamualaikum.

Sebelum teruskan pembacaan, jomlah tengok dulu video best ni. Mesti anda tak percaya tengok perubahan ketara yang berlaku pada kulit muka Cikpuan ini. Jangan tersalah pilih produk tau!

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.
 

Sekarangni, Mama dah nak kenalah mula jaga muka dan badan betul-betul. Sebabnya umur pun dah 26 tahun, anak pun dah dua. Dan rasanya macam tanda-tanda penuaan pun dah mula muncul sikit-sikit. Eh biar betul? Huhu.

Kalau nak diikutkan, kulit Mama memang jenis kulit kering dan kasar. Memang dari dulu lagi. Lepastu, malas pula nak sapu-sapu losyen dan moisturizer bagai. Hah lagi bertambah teruk lah kan? Tapi sekarangni macam tiba-tiba je datang kesedaran nak jaga muka dan badan betul-betul. Dah terlambat ke ek? Hurm…

Tak kisahlah dah terlambat ke belum. Yang pasti, kita kena usaha dulu. Jadi semalam Mama dah mula guna mask yogurt. Sebab ada terbaca yang yogurt ni memang elok bila sapu kat muka dan badan. Boleh bagi kulit licin. Tapi kalau kulit yang macam Mama ni agak-agaknya kena guna berapa gelen yogurt ek? Hehe.

Dan yang pastinya, yogurt Ammar jadi mangsa. Sebab Ammar memang makan yogurt plain hari-hari. Mama dan Papa pula tak boleh terima yogurt plain ni, kami makan yang berperisa. Hehe. Kalau ikutkan pada apa yang Mama baca dalam internet, lagi elok guna Greek yogurt. Tapi Ammar punya regular yogurt je, Nanti bolehlah cuba Greek yogurt pula.

Lepas-lepas ni Mama nak cuba buat yogurt face mask dengan guna resepi kat bawah ini pula la:

Beberapa sudu Greek yogurt
1 sudu madu
Perahan lemon – boleh memutihkan kulit
Beberapa biji blueberry yang dikisar – bertindak sebagai antioxidant

Gaul rata kesemua bahan. Sapu pada bahagian muka dengan menggunakan sudu atau jari. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air. Selamat mencuba!

7 Responses

  1. Petua Kecutkan Jerawat
    | Reply

    […] P/S: Boleh juga cuba petua untuk hilangkan senggugut dan tips menggunakan yogurt mask untuk melicinkan kulit muka. […]

  2. Asyrof Asri
    | Reply

    Nak cuba jugaklah. hihihi 😉

    Erm, macam mana nak buat yogurt ya Mama?.. 😉
    Asyrof Asri recently posted..Wordless Friday – Buah Seperti ManusiaMy Profile

  3. […] dengan bentuk tiga segi dan empat segi. Lepastu campurkan pewarna merah sikit kat yogurt Ammar (Tips untuk dapatkan kulit muka cantik menggunakan yogurt). Lepastu bagi Ammar sekeping kertas A4, dan Ammar pun mulalah menunjukkan kekreatifan dia kat atas […]

  4. titan
    | Reply

    aku suka makan. tak suka wat mask.
    titan recently posted..Persamaan aku dengan Albert Einstein.My Profile

  5. suri
    | Reply

    apa sahaj nak muda hee ambil epo ok gak 🙂
    suri recently posted..Tidak Perlu MALU Saya Ada CaranyaMy Profile

  6. Anarm
    | Reply

    Pernah tengok wife saya guna yogurt tampal2 kat muka dia.. Rupanya boleh cantikkan kulit muka..

    Saya suka makan yogurt je.. Tampal2 kat muka ni malas nak buat.. Hee
    Anarm recently posted..Mandi Air Terjun Lata KinjangMy Profile

  7. Oneblogsocial.com
    | Reply

    Ya,yogurt sudah terbukti boleh menjaga kesehatan dan menghaluskan kulit.
    Oneblogsocial.com recently posted..Balck Hat Seo Dan White Hat SeoMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge