» » » Lil’ Baby Ku Sayang | Pengalaman Mengandung di Negara Orang

Lil’ Baby Ku Sayang | Pengalaman Mengandung di Negara Orang

Assalamualaikum.

Rasanya ramai yang dah tahu kot yang saya sekarangni tengah mengandung anak yang kedua. Yang belum tahu, hah inilah dia den nak bagitahu ni hah. Si Ammar nak jadi Abanglong dah tak lama lagi ni.

Semalam kitorang pergi jumpa gynae, yang appointmentnya dah dibuat sejak minggu lepas. Sampai2 je semalam, terus pergi kat setiausaha gynae tu, dan lepas tu tunggu gynae panggil. Masuk je bilik dia, Cik Abang terus je cakap yang kitorang ni tak tahu cakap French, tahu cakap English je. Gynae ni tahu gak la cakap English, tapi kena cakap perlahan2. Kalau laju sekaligus, dia susah sikit nak tangkap. Tapi kira Ok la, daripada dia tak tahu langsung, kan?

Mula2 tu dia tanya dulu tentang pregnancy yang sebelum ni normal ke tak, bersalin normal ke c-zer, berat Ammar berapa, tanya bila tarikh last period dan so on. Lepas tu, dia pun suruh masuk ke bilik lagi satu dan dia nak buat vaginal examination (VE). Kalau siapa yang tak tahu VE tu apa, silalah Google sendiri ye.

Saya terus cakap saya tak nak buat. Dia kata ni prosedur. Saya tanya balik kenapa perlu buat benda ni. Dia pun cakaplah sebab nak tengok tahap bukaan kat bawah tu, dan nak tahu samaada janin tu betul2 melekat kat dalam uerus atau kat tempat lain. Saya tetap berkeras tak nak buat, sebab bagi saya benda tu tak perlu pun. Lama gak kitorang argue tentang benda tu. Nasib baik Cik Abang tolong saya sekali. Lama2 gynae tu pun kata ok takpe. Fuhh, selamat! =)

Lepastu tadi, kitorang pergi scan Lil’ Baby plak. Alhamdulillah, dapat tengok Lil’ Baby buat kali pertama. Bestnya! Lil’ Baby dah enam minggu, dan EDD nya plak hujung bulan Januari 2013.  Nanti saya letak gambarnya ok?

40 Responses

  1. Suffi Izzara
    | Reply

    sis, tumpang bertnya.. kandungan 6 minggu dah blh nmpk ye? scan di perut @ di vaginal..

  2. Check-up Kedua Baby I.A
    | Reply

    […] nak baut check-up kat Perancis ni sebab balik bercuti lama di Malaysia. Kalau nak baca tentang pengalaman check-up pertama, boleh baca  di link yang disediakan tu […]

  3. Norazlin
    | Reply

    Huh? Nape plak sampai nak kene buat VE. Peliksss

  4. Zida
    | Reply

    OKAY NAMPAK SANGAT ZIDA DAH LAMA TAK JEJAK BLOG NI. waaaaaaa eksaitednyaaaa tahniah again akak and hubby!! 😉
    Zida recently posted..Ramadhan : Month of BarakahMy Profile

  5. Hafizul
    | Reply

    Nak tanya..kenapa tak boleh nk LIKE fb barboo ni???tak de respon pun..ke silap sy tak pandai nak klik LIKE..hehe
    Hafizul recently posted..Pondok Kecil @ FacebookMy Profile

  6. kimmie
    | Reply

    mesti rasa sangat berbezakan berada di negara orang…semoga Bard sihat2 selalu ..dgn baby dalam perut 🙂
    kimmie recently posted..Jerebu yang datangMy Profile

  7. eiela
    | Reply

    wah,,tahniah kak.. semoga semuanya ok sahaja baby dalam perut tuh
    eiela recently posted..Semakin Sihat Semakin HappyMy Profile

  8. akubiomed
    | Reply

    Setahu saya di Malaysia tidak ada prosidur VE. Cuma di Perancis mereka melakukan untuk pastikan tidak mengandung anggur atau di luar rahim. Pengalaman anak pertama memudahkan perkara dan tahu prosidur.
    akubiomed recently posted..No Posts Were Found!My Profile

  9. Juan
    | Reply

    tahniah
    Juan recently posted..Car Loan Early Settlement MalaysiaMy Profile

  10. muazfaris
    | Reply

    waaah, tak sabar nak tgk gambar lil’ baby
    muazfaris recently posted..Tips Tambah Followers Twitter, 2000 Followers setiap MinitMy Profile

  11. daddydee
    | Reply

    Semoga semuanya selamat…

    Tp mmg tgk bayi dalam kandungan memang best. Aku siap mengalir air mata masa 1st time tgk anakku dalam kandungan my wife.

  12. rahman
    | Reply

    mesti nak anak perempuan agaknya.. dapatlaa sepasang kan 🙂
    rahman recently posted..Pekena asam pedas Bangi di seksyen 7My Profile

  13. kodinz
    | Reply

    pasni adik kuar, terus jadi superstar. upload gambor kat blog. mesti ramai nunggu nak tengok 🙂
    kodinz recently posted..Cara Untuk Dapatkan Expired Domain Dengan PagerankMy Profile

  14. Nazri
    | Reply

    wah.. tahniah.. beruntung baby tu, dalam kandungan punada pengalaman di French
    Nazri recently posted..Rahsia Pulih Kanser?My Profile

  15. puanbee
    | Reply

    Apa ek GE tu , n kenapa bard tk nak buat pulak ?
    puanbee recently posted..Projek Seminar Jom Kurus Percuma Untuk BloggerMy Profile

  16. titan
    | Reply

    kena makan cendol. baru anak lebih kacak. haha..
    titan recently posted..Download 3GP Gadis bertudungMy Profile

  17. suri
    | Reply

    syukur kak berita gmbira utk pertengahan tahun ni..haa jga dir baik2 ya jgn angkat berat2 😉

    tahniah dari kmi smeua
    suri recently posted..Hidup Sendiri Sememangnya PedihMy Profile

  18. zie fauzi
    | Reply

    tiap2 bulan kena buat?? erkk.. mmg prosedur depa kot mcm tu.. mujur la kt sini xde prosedur tu… segan jgk kalau dh tiap2 bulan kena check…
    zie fauzi recently posted..Live Streaming Netherlands vs Germany | EURO 2012My Profile

  19. hafizmd
    | Reply

    Sekalung tahniah sekali utk Bard dan suami.

    Kadang2 prosedur pelik2 jer…tp kagum both of u dapat lawan nurse tu…hehehe…terbaik!
    hafizmd recently posted..Sam Van Der MatMy Profile

  20. azman
    | Reply

    Banyak2 doa supaya semua selamat hendak nya….
    azman recently posted..Apa itu Cocktail dan MocktailMy Profile

  21. aja
    | Reply

    salam..
    saya aja.kalau x saya nye 2nd baby pon same ngn lahir pada januari 2013.
    tapi rezeki xdek saya keguguran.
    ok jage kesihatan..

  22. MDHAFiZ.NET
    | Reply

    rezeki dr yg Kuasa.. . tahniah.. 🙂
    MDHAFiZ.NET recently posted..Keputusan Rayuan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier Lepasan SPM 2012My Profile

  23. adele
    | Reply

    tahniah kak..seronoknya…. 😉
    adele recently posted..Terdesak Sangat Ke?My Profile

  24. farhanaDr
    | Reply

    Wahhh.. Dah nak masuk yang kedua.. Bestnya dengar.. Happy for you bard.. Jaga diri elok-elok.. 🙂
    farhanaDr recently posted..Ceritera Epal Merah Abang Asmara IniMy Profile

  25. Jebeng Otai™
    | Reply

    abg long kene jaga adik tau..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Wordless Wednesday : BakauMy Profile

  26. zie fauzi
    | Reply

    kak tak pernah pun wat VE tu.. apa prosedurnya… mcm ngeri lak bunyinya… hihi…
    zie fauzi recently posted..Petua Hilangkan LoyaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge