» » Lupa Password Cimb Klik, Ada Hikmah Rupanya

Lupa Password Cimb Klik, Ada Hikmah Rupanya

Assalamualaikum.

Siapa kat sini yang suka online shopping? Cepat-cepat angkat kening. Hehe. Saya baru je mula-mula terjebak dengan online shopping ni. Itupun sebab sibuk mencari barang-barang baby. Setakat ini yang dah dibeli secara online adalah Lunatots Cloth Diapers dan Bumblebee Swaddle.

Sekarangni saya dah tahu jantina baby. So lagilah teruja bila tengok barang-barang baby, especially baju.

Tapi masalahnya, saya dah lupa password Cimb Click saya. Selalunya sebelum ni, saya suruh Cik Abg je yang bayar, guna akaun dia. Hehe.

Tapi bila dah banyak-banyak kali guna akaun dia, seganlah plak! Malu I tau!! Haha, gedik. Sampaikan yang terbaru ni saya emel je kat Cik Abg sebab segan nak cakap face to face. Emel gedik tu berbunyi begini:

Abg, tolong masukkan RMXX kat dalam akaun ni ye (detail akaun)..Thanks..

Haha, gedik tak? Gedik kan? Tapi terpaksa buat camtu. Bukan takut Cik Abg marah, dia tak kisah pun. Cuma segan. Aishh, kalaulah saya ingat balik password tu, pasti dah macam-macam yang saya order sekarangni. Tapi mungkin inilah hikmah disebalik kelupaan itu.

Buat mama dan bakal2 mama, papa pun boleh baca:
Lunatots Cloth Diapers Dah Sampai
Shopping Akhir Tahun Adalah Yang Terbaik

Ehem: Cepat teka, baby boy or baby girl?

Leave a Reply

CommentLuv badge