» » » Makan Luar di Boum Burger

Makan Luar di Boum Burger

Assalamualaikum.

Dari semalam tak boleh nak buka blog ni. Tak tahulah apa masalahnya. La ni bila dah boleh, haruslah update blog cepat2. Lagipun dua orang putera hati tengah sedap beradu. Huhu.

Tengah hari tadi Cik Abang sibuk ajak pergi makan kat luar. Kecil tapak tangan, menara Eiffel saya tadahkan! Hehe. So terus je cepat2 siap dan keluar. Cik Abang bawak kitorang pergi makan di Boum Burger, restoran fastfood halal di Perancis ni.

Saya order Boum Bun, dan Cik Abang plak Khalifa Burger. Tapi pekerja tu silap dengar agaknya, Boum Bun tu bertukar kepada Long Boum pula. Haish tak kisahlah, janji dapat makan. Perut kenyang, hati senang. ^_^

Tapi masa mula2 makan tu, saya makan Cik Abang punya burger, sebab konon2nya tak puas hati la tak dapat makan Boum Bun. Bila dah hentam separuh burger tu, sibuk plak nak rasa burger lagi satu tu. Sekali sedap la plak! Terus mintak tukar balik. Hehe, buruk perangai betul!

Ammar pun nampak happy je dapat pergi makan2 kat luar. Walaupun Ammar tak dapat makan apa yang kami makan, tapi sekurang2nya dia dapat tengok gelagat orang ramai. Memang hobby Ammar tu. Sepanjang kitorang makan tu, Ammar makan bekalan dia sendiri, buah strawberry! Hehe.

16 Responses

  1. adele
    | Reply

    kotak burger tu nampak ekslusif sungguh..bestnya..

    1st time tengok muka akk dgn jelas..sungguh suci 🙂
    adele recently posted..Motivasi #1 : Sedar Diri Akan Asal UsulmuMy Profile

  2. Pergh! Nampak sedap tu 😀
    Harfiz Perniagaan Internet recently posted..Jadual EURO 2012 Waktu MalaysiaMy Profile

  3. segalabenda
    | Reply

    la ni dah tak makan burger-burger dah..sebab dulu time kerap makan burger, kolestrol naik tinggi lebih dari tahap selamat..
    segalabenda recently posted..Gastrik, semakin pulihMy Profile

  4. arrizz
    | Reply

    bab2 burger nie yang tak boleh tahan nie
    arrizz recently posted..Wordless Wednesday – Orang Korea hodoh!My Profile

  5. Izzuddin Fauzi
    | Reply

    Meleleh ayo liurrr… 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted..Kontes Seminit Dua dan Menang Solo HD – Beats by Dr. DreMy Profile

  6. azman
    | Reply

    Hehehe dia tak meragam tak apa,dia boleh duk diam2..
    azman recently posted..Wordless Wednesday#Safety FirstMy Profile

  7. kodinz
    | Reply

    tak adil. mak ngan ayah makan sedap, ammar dapat makan sendiri jer. ammar, protes cepat 🙂
    kodinz recently posted..Google Ajak Menari Pulak…My Profile

  8. Jebeng Otai™
    | Reply

    ammar order ape tu..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Kopitiam EkonomiMy Profile

  9. anif
    | Reply

    Bagus la di France ni.. senang nak dapat makanan halal! Fast food halal pun ada! 😀
    anif recently posted..Cuti Sekolah – Sesekali Menggunakan Jalan Lama Seronok Juga!My Profile

  10. noorsyamsul
    | Reply

    memang hantu strawberry ye ammar…
    noorsyamsul recently posted..WORDLESS WEDNESDAY: MY YELLOW PRINCESSMy Profile

  11. akubiomed
    | Reply

    Ammar macam hendak minta order sahaja tuh? Sudah ada gigi pandai minta makan yer? 🙂
    akubiomed recently posted..Lisa Surihani naik berat badan, apa kes AkuBiomed dan Broframestone?My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge