» » Malu Nak Keluar Rumah

Malu Nak Keluar Rumah

Sejak saya duduk rumah sewa kat Parit Raja ni, ada beberapa kali je saya keluar rumah. Percaya tak? Selama dah enem bulan kahwin ni, memang duduk dalam je. Kalau keluar pun, masuk dalam kereta dan zoooooooooooooom, terus ke shopping kompleks. Hehe.

Kenapa saya macam ni? Bukan sebab sombong tak mahu bergaul dengan orang sekeliling. Tapi saya ni pemalu, pemalu tahap gaban. Tak tahu macam mana nak bergaul dengan orang-orang yang lebih tua. Yela, jiran-jiran sebelah ni semuanya pangkat makcik-makcik. Saya seganlah, tak tahu nak borak apa. Lagipun dulu masa masih duduk dengan Bonda pun, saya bukannya kelaur rumah. Duduk terperap kat dalam jugak.

Nak dijadikan cerita, last week ada semburan nyamuk Aedes kat area sini. So nak tak nak terpaksalah keluar rumah. Then makcik jiran sebelah tu cakap:

“Bagus gak ada semburan ni, barulah nampak orang sebelah rumah ni! Ah meh sini kita kenal-kenal”. Hehe, malu gila kot time tu. Haha, padan muka sendiri.

Saya pun tak tahulah macam mana nak selesaikan perasaan malu ni. Saya tengok ada jiran Bonda yang dah ada nak tiga pun, masih malu-malu lagi dengan jiran. Kalau ada jemputan kenduri pun, susah betul dia nak datang. So saya yang baru pregnant anak first, masih boleh dimaafkanlah, kan? Tak gitu? Hehe.. =P

p/s: jgn lupa add saya di Twitter: twitter.com/#!/Bard87

Leave a Reply

CommentLuv badge