» » Mama Dah 26 Tahun

Mama Dah 26 Tahun

Assalamualaikum.

Terpaksa tumpang update cerita birthday sendiri di blog kedua ni sebab Blog Bardboo dah habis bandwidth. Hehe. Esok bolehlah update di blog utama tu semula. Rasa macam ada banyak benda nak dikongsikan.

Semalam, 30 mac 2013, harijadi Mama yang ke-26 tahun. Eh muda lagi tau!! Masih muda remaja lagi orang kata. Hehe, perasan melampau! Semalam Papa ajak makan kat luar untuk celebrate birthday Mama. Tapi Mama tak nak sebab memikirkan macam manalah nak handle dua orang budak kecil ni kat kedai makan. Kang kalau dua2 menangis serentak, tak ke haru! Jadi Mama cakap Mama nak makan pizza je, beli bungkus makan kat rumah.

Dan lepas Mama solat Asar, tiba-tiba je nampak kertas ni ditampal kat peti ais. Rupanya Papa dan anak2 Mama buat ‘kad harijadi’ ni untuk Mama. Terharu Mama! Huhu. Walaupun tangan Aneesa blur dan goyang2, tangan Ammar pula tembam semacam, tapi Mama suka!

Malam pula Papa masakkan dinner, lauk kurma ayam. Sedap! Pandai Papa masak. Kalau hari2 pun birthday Mama kan best, tak payah nak masak. =P

3 Responses

  1. Baca Buku Tambah Ilmu
    | Reply

    […] ye, saya dah secara rasminya berumur 26 tahun pada 30 Mac 2013. Dalam tahun-tahun yang dah berlalu ni, apa yang saya dah capai? Untuk tahun- […]

  2. Ibu Mifzal Arsyad
    | Reply

    happy birthday bard..mudah lg tu 26 tahun..

    cute sgt kat hari jadi..buat sendiri lg ada sentimental value.
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Makan Di Pizza Hut LagiMy Profile

  3. […] Mama dah nak kenalah mula jaga muka dan badan betul-betul. Sebabnya umur pun dah 26 tahun, anak pun dah dua. Dan rasanya macam tanda-tanda penuaan pun dah mula muncul sikit-sikit. Eh biar […]

Leave a Reply

CommentLuv badge