» » [CERITA] Mari Kita Mula Semula!

[CERITA] Mari Kita Mula Semula!

Assalamualaikum.

Ni Ammar dan Aneesa tengah tidur tengahari. Aneesa atas pangku Mama, Ammar pula kepala atas paha Mama, badan kat kerusi. Tiap2 hari pun macam ni la gayanya masa diorang tengah nap. Mama pula hanya duduk tegak sampai diorang bangun tidur. Tapi inilah masa yang Mama ada untuk update blog. Huhu.

Sekarangni Mama dah kemas balik bilik mainan. Dah tak macam dulu. Mainan yang banyak2 tu Mama dah nyorokkan dalam almari. Nanti tiap2 minggu Mama akan keluarkan mainan yang lain pula, kita buat toy rotation ye. Barulah tak bosan tengok mainan yang sama. Yang paling penting, Mama tak payah penat2 mengemas! Itu tujuan utama sebenarnya. Hihi.

bilik mainan

So macam inilah rupa biliknya sekarang. Ada sikit je mainan. Bilik tak semak, mata tak sakit, hati tak geram. Huhu.

bilik mainan

Dan kerusi tu pula untuk Mama duduk rehat2 sambil temankan Ammar main. Aneesa duduk kat sebelah tu, dan tidur. Oh fungsi bantal adalah sebagai perisai untuk Mama nyorokkan handphone, hahaha. Mainan yang lain2, ada kat almari belakang tu.

Ok Ammar, mulai minggu depan, kita mulakan balik aktiviti homeschool kita ya!

– Posted using BlogPress from my iPhone5

Location:Toulouse, France

2 Responses

  1. ika othman
    | Reply

    aku pon buat bilik mainan anak…. tapi sygnyer duk dlm bilik tu plg lama bertahan pon 15min. sabor je la. ingatkan nak ada adik lg ni nk ajar tdo bilik sndri…hampa wey…
    sumer hangkot tilam bantal tdo sblh katil mummy dia. kdg2 ada masa bangun pg tgk atas katil da ber4. hahaha…nseb duk “umah burung” klo duk umah 2 tgkt ntah la…. bilik kemain byk tp sumer tdo satu bilik.

  2. […] dalam entri yang lepas Mama plan Isnin depan baru nak mulakan semula aktiviti homeschool kita, tapi semalam Mama dah mula ajak Ammar buat […]

Leave a Reply

CommentLuv badge