» » Mari Makan Macaron

Mari Makan Macaron

Assalamualaikum.
Bestnya!! Macaron dah sampai!! Baru semalam Cikmin emel cakap dah poskan, hari ni dah sampai dah. Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Macaron tu apa? Macaroni ke? Eh bukanlah. Jauh sanagat bezanya dengan macaroni. Kalau nak tahu macaron tu apa, silalah pergi ke blog Cikmin, tuan yang menjual macaron ni.
So mari kita mulakan entri dengan gambar jari Cik Abang memegang macaron sebiji. Mula-mula saya yang pegang. Sekali tengok dalam gambar mak aih gedabak betul tangan mak buyung ni. Terus cancel nak letak dalam blog. Hahaha.

Nampak menarik, kan? So marilah kita teruskan entri secara entri bergambar. Cakap banyak pun tarak guna. Korang kena makan sendiri baru tahu macam mana rasanya macaron ni.
~Macaron yang dihantar menggunakan khidmat GDEX. Terbaik ar, kejap je dah sampai. Huhu~
~Bekas dan label yang menarik~
~Inilah dia macaron yang membuatkan saya tak tidur malam. Dan sekarang turn korang plak tak tidur malam sebab teringin nak makan macaron ni. Hehe~
~Disebabkan ini adalah kudapan orang Perancis, silalah makan sambil membayangkan diri sudah berada di Perancis. Owh berangan memang tersangat penting ye untuk meningkatkan motivasi diri. Hehe. Saya paling suka yang inti coklat tu, Cik Abang pula suka yang inti kacang. Bagus-bagus, kita tak payah berebut-rebut ye sayang.~
p/s: Eh MJ & Rajiah, air liur korang dah meleleh tu!! Cepat-cepat lap dan lepastu terus order kat Cikmin ye. Hehe. =)

2 Responses

  1. meaw
    | Reply

    waaaa,sedapnya…dah meleleh nengok air liur ni,ehhee

  2. Amirrah Zawani
    | Reply

    dah lama teringin macaroon ni.. nk order gak la nti 😀

Leave a Reply

CommentLuv badge