» » Kurang Darah Merah (Anemia), Bukan Perkara Enteng!

Kurang Darah Merah (Anemia), Bukan Perkara Enteng!

posted in: Shaklee | 4

Assalamualaikum.

Masalah anemia ataupun lebih dikenali sebagai masalah kurang darah merah, bukanlah satu masalah yang boleh dipandang ringan. Jika tidak diatasi segera, ianya boleh menjejaskan kesihatan. Terutamanya pada ibu-ibu hamil yang sering mengalami masalah anemia ini, ianya boleh mendatangkan kesan buruk pada si ibu dan juga bayi.

Apa yang dimaksudkan dengan anemia ini? Terlebih dahulu kita kena tahu komponen yang ada dalam darah kita, iaitu:

  1. Sel darah merah – di dalam sel darah ini terdapat hemoglobin yang membantu mengangkut oksigen ke seluruh badan.
  2. Sel darah putih – berfungsi sebagai benteng pertahanan terhadap bendasing yang masuk ke dalam badan.
  3. Platelet dan plasma – platelet berfungsi untuk menghentikan pendarahan apabila ada luka.

Dan masalah anemia ini terjadi apabila komponen pertama (sel darah merah) kurang dari paras normal. Ianya menyebabkan oksiden tidak dapat diangkut ke seluruh badan dengan efisien, dan akhirnya sel-sel badan kita akan kekurangan oksigen.

Simptom-simptom yang biasa dialami oleh orang yang ada masalah anemia ini adalah masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas.

Faktor-faktor yang meyumbang kepada masalah anemia ini adalah:

  • Masalah kekurangan zat besi
  • Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia)
  • Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
  • Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD)
  • Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya

 

Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil – Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

4 Responses

  1. Cara Merawat Penyakit Asma Atau Lelah
    | Reply

    […] produk-produk Shaklee yang boleh digunakan untuk mengawal atau merawat kencing manis dan tekanan darah rendah (anemia), kali ini Mama ingin buat untuk penyakit asma pula. Penyakit asma atau lelah terjadi apabila […]

  2. Anuar
    | Reply

    Terima kasih di atas perkongsian info… Dah lama tak baca tentang komponen-komponen yang ada dalam darah ni… Bila terbaca entri ini teringat pengalaman masa belajar sains masa muda-muda dulu…
    Anuar recently posted..Adakah IC/Kad Pengenalan anda sudah diaktifkan menjadi Kad Diskaun?My Profile

  3. kak ina kl
    | Reply

    selamat hari raya
    info yang bagus untuk pengetahuan kita semua

Leave a Reply

CommentLuv badge