» » » Masalah Visa Yang Memeningkan Kepala

Masalah Visa Yang Memeningkan Kepala

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, saya nak bercerita mengenai masalah visa yang saya alami sekarangni. Visa saya akan tamat 28 Ogos nanti. Kalau ikut pada prosedur di Perancis ni, untuk sebarang urusan di Prefecture, kena pergi ambil tarikh appointment dulu. Lepastu kita perlu pegi buat urusan pada tarikh yang ditetapkan tu. Dan dokumen yang dah siap bukan ambil masa tu juga. Kena datang lagi sekali bila dokumen dah siap. Jadinya, untuk satu-satu urusan, kena pergi ke Prefecture sampai tiga kali! Inilah dia benda yang saya paling tak suka nak buat masa duduk di sini.

Disebabkan visa saya dah nak tamat, kami pun pergilah ke Prefecture dalam dua minggu lepas (hari Khamis), untuk ambil appointment. Tapi pekerja di kaunter tu kata tak boleh nak renew, saya kena balik Malaysia sebelum tarikh 28 Ogos tu. Cik Abang tetap tinggal di sini sampai bulan Oktober, sebab dia masih belum habis praktikal dan visa dia belum tamat lagi.

Masa tu, risaunya rasa hati ini. Tak terbayang macam mana nak balik sendiri dengan dua orang anak kecil. Mestilah tak, kan? Kalau Cik Abang hantar saya balik, harga tiket kena tanggung sendiri. Bila survey tiket flight, harga pergi balik tu RM5k! Errkkk, bocor poket dibuatnya. Huhu.

Sejak hari Khamis tu, saya tak senang hati. Asyik fikir masalah ni je. Sedih pun ada gak, rasa macam orang kena halau je. Hehe. Nak tidur malam pun tak lena. Tapi akhirnya, masa malam Ahad, saya pujuk hari sendiri untuk terima kenyataan. Dan, saya redha kena balik awal. Mungkin ada hikmah, kan?

Tapi esoknya, Cik Abang ajak juga pergi ke Prefecture untuk cuba lagi. Saya ikut je la. Dan Alhamdulillah, kami berurusan dengan orang lain. Dan dapat pula buat appointment untuk renew visa. Tak ada masalah katanya. Syukur! Barulah boleh tersenyum gembira.

Jadi, tak perlulah lagi saya runsing untuk balik awal ke Malaysia. Kami akan balik pada bulan Oktober nanti, InsyaAllah. Semoga tak ada lagi apa-apa masalah yang akan timbul.

19 Responses

  1. hanari
    | Reply

    prosedurnya kenapa berbeda-beda ya?bukankah perancis negara maju.
    hanari recently posted..Efek Kemoterapi untuk Keluarga PasienMy Profile

  2. Aya
    | Reply

    Selamat kembali ke Malaysia.. semoga selamat sampai bersama baby montel.. 🙂
    Aya recently posted..10 Hadiah Anniversary untuk IsteriMy Profile

  3. Rina
    | Reply

    Di Indonesia juga cukup ribet dan lama dalam mengurus visa tapi kalau mengurus pajak cepat banget tu hanya 5 menit saja hehe…
    Rina recently posted..How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  4. Sya Isya
    | Reply

    boleh pula macam tu kan. saja nak bergurau kot orang first tu. hehe
    Sya Isya recently posted..SHAWL ADREENA TUDUNG SHAWL HALFMOON DOUBLE LAYER YANG LABUHMy Profile

  5. Naziman Azlye
    | Reply

    Pelik juga kan, berbeza pegawai ja memberi pengurusan berbeza.
    Naziman Azlye recently posted..Naziman ada blog bha kan?My Profile

  6. akubiomed
    | Reply

    Macam manalah boleh jadi begitu dengan pegawai yang berbeza. Apa pun kes masalah visa sudah selesai. Kalau tidak melalak cik abang di Perancis dan cik adik di Malaysia. 🙂
    akubiomed recently posted..Juadah berbuka pilihan bulan RamadhanMy Profile

  7. hatiputera
    | Reply

    Teruk jugak kalau dilanda masalah macam tu. Apa pun semoga selamat balik ke malaysia oktober nanti.
    hatiputera recently posted..Wordless Wednesday – Cashout NuffnangMy Profile

  8. hafizrahim
    | Reply

    Selesai jugak masalah sy ye..kalau tak berpeluh gak nak balik dengan anak dua orang.
    hafizrahim recently posted..Aura Hot..Memang HotMy Profile

  9. Anuar
    | Reply

    Selamat kembali ke Malaysia Sis… Bulan Oktober? Jadi kena beraya dekat Perancislah tahun ni yer…
    Anuar recently posted..Kunjungan Fizo Omar (Pelakon/Pegacara TV) ke Affiliate Junction Business CentreMy Profile

  10. titan
    | Reply

    lain orang, lain caranya. Boleh kawtim tu biasanya..
    titan recently posted..Apa itu MyKad Smart Shopper?My Profile

  11. puanbee
    | Reply

    tak raya di malaysia la ye ..
    puanbee recently posted..Powerbank murah 20000mAh RM55My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge