» » Masih Lagi Dalam Mood Raya

Masih Lagi Dalam Mood Raya

Assalamualaikum.

Suka betul tengok timeline Facebook sejak raya pertama hari itu. Ramai yang kongsikan gambar raya mereka. Semuanya comel-comel belaka!

Mama pun ada juga share beberapa keping gambar di Facebook. Kami tak bergambar banyak sangat pun, sebab masing-masing sibuk dengan anak-anak. Ini beberapa gambar di pagi raya kami.

gambar raya 1

Yang ini keluarga Uda, anak nombor empat dalam keluarga. Dia dan isteri bekerja di Terengganu. Kami berkahwin dalam masa yang dekat. Majilis di belah kami pun memang buat serentak. Anak pertama dan kedua kami sama baya. Cuma yang ketiga tu Mama tak sempat nak kejar. Hihi. =p

gambar raya 2

Yang ini pula Kakteh, anak nombor 6. Sekarang bekerja di Sabah. Sudah menjadi tunangan orang, dan InsyaAllah akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Inilah dia kawan bergaduh sejak kecil. Hihi.

DSC_0382

 

Haa yang ini pula gambar si anak bongsu, Mama le tu! Ingatkan nak bergambar berdua je dengan Bonda, tapi anak-anak pun nak join juga. Sama tak muka Mama dengan Bonda?

Ok la, rasanya sampai sini je membebel untuk raya. Nak kena buat kerja lain dulu. Bye. =)

Salam sayang dari MamaBard,

Portfolio MamaBard

6 Responses

  1. Adinda Barbara
    | Reply

    Blog walking, silaturahmi 🙂

  2. myrujukan
    | Reply

    selamat hari raya puan
    myrujukan recently posted..Tonton Filem, Drama, TV Series Online Murah Dengan iFlixMy Profile

  3. Uncle Zuan
    | Reply

    nak sambung cuti. kita cuti 2 hari je
    Uncle Zuan recently posted..LRT Terbakar dan Harga Tambang Teksi Dari KL SentralMy Profile

  4. Syazana
    | Reply

    Selamat hari raya!!!
    Syazana recently posted..Syawal 1436HMy Profile

  5. Ummi Hanie
    | Reply

    salam aidilfitri MB…

    anak bongsu rupanya… samalah kita 🙂
    Ummi Hanie recently posted..Hikmah Bersahur di bulan RamadhanMy Profile

  6. emalin mohd
    | Reply

    Ramai tema hijau tahun ni kan?
    Comel2 belaka..
    emalin mohd recently posted..Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SemenanjungMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge