» » Memanjakan Diri di Serenity Spa

Memanjakan Diri di Serenity Spa

Assalamualaikum.

First, saya nak ucap terima kasih banyak2 pada Cik Abang sebab hadiahkan saya dengan spa treatment ni sebagai hadiah anniversary kitorang yang pertama. Sebenarnya anniversary kami bulan Jun lepas. Tapi disebabkan time tu saya masih lagi dalam pantang, terpaksalah tunda niat nak ke spa tu sampai sekarang. Hehe. Nasib baiklah gift voucher yang Cik Abang beli masa bulan Jun tu still valid sampai bulan September. =)

Tadi pergi Serenity Spa yang ada kat Seksyen 13 Shah Alam. Cik Abang belikan saya set rawatan Aromatic Spa 4-Step. Dalam set ni ada Thai herbal steam, full body aromatherapy massage, full body scrub, dan milk bath. Total masa untuk rawatan adalah dua jam. So saya dua jam ini untuk memanjakan diri sepuas-puasnya. =)

Mula-mula kitorang plan nak bawak Ammar pergi sekali pagi tadi, dan masa saya tengah buat treatment tu, Cik Abang duduklah melepak dalam kereta dengan Ammar. Tapi Bonda offer plak nak menjaga Ammar. Disebabkan stok susu perahan saya ada kat rumah tu, so bolehlah tinggalkan Ammar. Lagipun saya nak bagi Bonda peluang nak bermanja-manja dengan Ammar sebelum kitorang berangkat ke Perancis. Huhu…Sedih… =(

Ok now saya nak cerita tentang treatment yang saya dapat tadi….

1) Thai herbal steam:
Sebelum mulakan treatment, saya kena tukar baju dan pakai kain sarung yang pihak spa sediakan. Lepastu masuklah ke dalam tempat steam tu, seperti gambar kat bawah ni:

Pandangan saya tentang benda ini, hurm biasa-biasa je. Sebab masa mula-mula tu badan tak berpeluh langsung. Dah lepas beberapa minit baru start berpeluh. Dahlah ada nyamuk plak kat dalam tu! Hehe, sabau jela…
2) Full Body Aromatherapy Massage:
Hah yang ni part paling best. Urutan dia sangat sedap ok!!! Memang puas hati. Mula-mula saya pelik kenapalah katil tempat nak mengurut ni besar sangat. Rupanya katil tu besar sebab tukang urut tu siap naik atas katil! Hehe, rasa jakun sekejap. Masa dia tekan tulang belakang saya sampai berbunyi-bunyi, memang sedap betullah. Lepastu dia memang urut seluruh badan. Terasa hilang terus lemah-lemah badan ni.
3) Full Body Scrub:
Untuk yang ini, saya pilih scrub orange. Wah, sedap betul bau dia! Pastu dia sapu banyak2 plak kat badan kita. Rasa best bila ada orang yang sapukan scrub kat badan kita dan sental-sental untuk menghilangkan daki. Hehe.
4) Milk Bath:
Dah namanya pun mandi susu, so memang mandi dengan susu lah. Tapi bukanlah satu bath tub tu dia penuhkan dengan susu!! Hehe. Lepas habis berendam, dah boelhlah minum teh yang diorang sediakan. Tapi saya hirup sikit je, sebab tak sedap. Hehe.
Saya rasa best sangat dapat hadiah ni dari Cik Abang. Yelar bila dah beranak ni, badan memang rasa lain macam je. Rasa macam bukan badan sendiri. Kalau dulu saya jenis yang lasak, tapi sekarang badan rasa lemah je, tak bermaya. Nasib baiklah Cik Abang jenis yang memahami. Huhu. Thanks again dear for this present!! =)

Kata Bardboo: Untuk suami-suami kat luar sana, apa kata hadiahkan treatment2 seperti ini kat isteri korang. Mesti diorang happy punyalah. So dah hilang satu masalah nak pikir hadiah untuk diberikan masa birthday, anniversary etc…. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge