» » Memori Ramadhan 2014 Kami

Memori Ramadhan 2014 Kami

Assalamualaikum.

Rasa nak tergelak pula rasanya bila menaip tajuk entri ini. Syawal dah nak habis pun, tapi baru nak bercerita fasal Ramadhan yang dah lama berlalu. Tapi tajuknya pun memori Ramadhan, jadi mestilah bercerita tentang perkara yang dah berlaku, kan?

ramadhan 2014

Alhamdulillah, tahun ni kami dapat merasa berpuasa di Malaysia. Tahun lepas terpaksa berpuasa di Perancis pada musim panas. Masa tu, sahur dalam pukul 3-4 pagi, dan berbuka pula dalam pukul 9-10malam. Memang tak larat sangat nak berpuasa disebabkan tempoh yang panjang, dan juga disebabkan Aneesa masih menyusu badan. Banyak hari juga la Mama terpaksa berbuka puasa. =p

Tapi tahun ini, Alhamdulillah dapat berpuasa penuh jika ditolak dengan hari-hari yang memang tak boleh puasa. Kelainan Ramadhan kali ini ialah Mama dapat merasa berpuasa dengan Performance Drink. Tahun lepas, kempunan je tengok ramai yang kongsikan pengalaman berpuasa dengan Set Puasa Shaklee. Tapi tahun ni, Mama dapat rasakan sendiri. Mama ambil Performance Drink ni masa bersahur dan berbuka puasa. Alhamdulillah, badan berasa cergas je dan tak cepat haus.

performance drink shaklee

Dan sempena Ramadhan kali ini juga, Mama beli buku resepi Chef Hanieliza yang bertajuk 1 Hari 1 Resepi. Konon-kononnya nak belajar memasak betul-betul la ni. Hihi. Adalah beberapa menu dari buku ni yang dapat dibuat dalam tempoh sebulan berpuasa. Yang selebihnya, Mama cuma buat menu-menu biasa yang selalu di buat. =)

Kalau nak bercerita fasal Bazar Ramadhan pula, sebenarnya cuma beberapa kali je ada pergi. Mama pun musykil kenapa tak teruja sangat nak ke bazar. Padahal masa tahun lepas, geram je tengok gambar makanan yang kawan-kawan kongsikan di Facebook dan Instagram.

Ok kalau dari segi terawih pula, Mama cuma buat di rumah. Anak-anak Mama masih terlalu kecil lagi untuk dibawa ke surau. Cuma Papa je yang pergi seorang. Nanti-nanti bila Ammar dah besar sikit, bolehlah ikut Papa solat terawih sekali.

Rasanya ini je la kot yang Mama dapat kongsikan tentang memori Ramadhan kami untuk tahun ini. =)

2 Responses

  1. […] orang yang mengambil peluang untuk berhenti merokok pada bulan Ramadhan. Dan ada juga yang cuba berhenti secara berperingkat-peringkat. Antara rawatan yang boleh diambil […]

  2. wazy
    | Reply

    Semoga diberi kesempatan dan umur yang panjang untuk bertemu Ramadhan pada tahun-tahun akan datang
    wazy recently posted..Kereta Oh KeretaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge