» » Merawat Sakit Sendi Dengan Cara Perubatan Islam

Merawat Sakit Sendi Dengan Cara Perubatan Islam

posted in: Shaklee | 0

Assalamualaikum.

Bagi yang menderita sakit sendi, ianya memang sesuatu yang menyiksakan. Selain bergantung kepada ubat tahan sakit semata-mata, anda juga boleh mencuba pelbagai alternatif lain untuk mengurangkan simptom sakit sendi ini. Antara rawatan yang boleh digunakan adalah melalui terapi bersama ahli fisioterapi.

merawat sakit sendi

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan cara perubatan Islam ini yang dianjurkan untuk merawat sakit sendi. Di sini saya kongsikan video rakaman penawar sakit sendi yang disampaikan oleh Ustaz Sharhan.

Di dalam video ini, Ustaz Sharhan mencadangkan untuk mengamalkan ayat 72 dari surah al-Israa’. Tapi setelah disemak kembali, ayat yang dibacakan oleh Ustaz adalah ayat ke-70 dari surah al-Israa’. Ayat dan terjemahannya adalah seperti di bawah ini:

rawatan islam untuk sakit sendi

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.

Dan perkongsian daripada artikel Pusat Rawatan Islam Kiswah, anda juga boleh mengamalkan ayat-ayat di bawah ini:

  1. Surah Ali Imran ayat 145
  2. Surah al-Anbiya’ ayat 30
  3. Surah al Qadr sebanyak 7 kali

Selain itu, Pusat Rawatan Islam KISWAH juga turut menganjurkan rawatan seperti berikut:

  1. Sapu tempat yang sakit dengan minyak zaitun sekerap yang mungkin.
  2. Rebus beberapa batang kaki kambing dengan air yang banyak sehingga bertukar menjadi jeli. Minum satu sudu setiap hari sejam sebelum makan apa-apa sekurang-kurangnya selama 40 hari.
  3. Minum sup belut atau sup tulang (gear box); rebus dari 3 bahagian menjadi 1 bahagian sahaja lantas diminum. Makan sum-sum tulangnya.
  4. Rendam kaki dan tangan dengan bahan berikut selama 7 hari:
    1. Air panas + secawan garam bukit selama sejam selepas Isyak.
    2. Air sejuk + secawan garam; seperti di atas- dibuat bergilir-gilir.
  5. Berbekam

Ataupun anda boleh juga mencuba suplemen Shaklee untuk sakit sendi ini. Ianya diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat digunakan.

Untuk tempahan, sila hubungi nombor ini:

Aisyah 017-2262095

 

Leave a Reply

CommentLuv badge