» » » Millau Viaduct | Jambatan Tinggi Melangit

Millau Viaduct | Jambatan Tinggi Melangit

Assalamualaikum.

Ini cerita lama dah basi. Sebab apa dah basi? Sebab kitorang dah pergi ke Millau Viaduct ni sebulan yang lepas, dan baru sekarang nak letakkan gambarnya di blog. Hehe.

Sedikit penerangan mengenai Millau Viaduct ni. Jambatan ini berada di selatan Perancis dan dibina merentasi Sungai Tarn. Jambatan ini berketinggian 300m dan beratnya 3600o tan. Direka oleh arkitek British, Lord Foster. Tiang yang kat bahagian tengah jambatan ini lebih tinggi dari Menara Eiffel! Menarik, kan?! Dan jambatan ini dibina hanya dalam masa tiga tahun. Hebat2. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang jambatan ni, tengok je kat Youtube. Tengok yang National Geographic Megastructure punya. [LINK]

Sebutan Millau ni kalau kita ikut lidah Melayu, mestilah kita sebut MIL-LAU, kan? Tapi saya baru tahu, rupa-rupanya dalam bahasa Perancis ni, bila ada dua “L”, ianya akan bertukar jadi “Y”. Jadi, Millau tu patutnya disebut “Miyau” <<macam ni la kot sebutannya, sila maafkan kalau salah. Almaklumlah, tuan blog tak masuk kelas bahasa Perancis lagi. hehe>>

25 Responses

  1. mrs.yie
    | Reply

    awan hitam tu betul2 menakutkan..jambatan tu ada iras rekabentuk jambatan p.p pun ada.. 🙂
    mrs.yie recently posted..NOVEL PERCUMA DARI KAKINOVEL ENTERPRISEMy Profile

  2. akubiomed
    | Reply

    Cantik pemandangan jambatan yang panjang.

  3. azman
    | Reply

    Pernah tgk kat astro masa pembinaan nya…memang tinggi melangit…hebat ciptaan manusia tapi hebat lagi ciptaan Allah.

  4. titan
    | Reply

    em, bilalah dapat gi sana ekk..
    titan recently posted..Lelaki kacak dan Awek Cendol.My Profile

  5. Denaihati
    | Reply

    syok dapat lalu megastructure terkemuka macam ni, mesti teruja habis.

    • Bardboo
      | Reply

      masa pergi tu tak rasa apa…tapi bila baut entri ni dan cari maklumat tentang jambatan tu, baru rasa teruja..hehe..silap saya, patutnya cari dulu maklumat sebelum pergi ke sana..barulah dapat betul2 mengahayati..
      Bardboo recently posted..Millau Viaduct | Jambatan Tinggi MelangitMy Profile

  6. Jebeng Otai™
    | Reply

    mmg best ammar dpt pi miyau ni.. 🙂
    Jebeng Otai™ recently posted..Schedule PostsMy Profile

  7. kodinz
    | Reply

    canggih2. Cuma gambar yg 2 bawah tu, pikir2 balik gayat rasa nak lalu tue. Tinggi tue 🙂

  8. suri
    | Reply

    3 tahun masa cukup singkat hee…mantap2 klu malay mahu berkurun siapnya heee
    suri recently posted..Spongebob’s New HomeMy Profile

  9. suri
    | Reply

    jambatan tu bila ada kapal lalu dia akan bukak segi ar kan heeee
    suri recently posted..Putus Bila PerluMy Profile

  10. Cikgu Hairul
    | Reply

    Boleh gerak2 jembatan tu ye.. Canggih betul teknologi diorang. Bilalah kita kat Malaysia ni nak buat jambatan camtu.

    • Bardboo
      | Reply

      eh jambatan tu tak boleh bergerak…yang gambar kat atas tu, hanya nak tunjuk cara jambatan ni dibina..kalau nak gambaran lebih lanjut, cuba tengok video youtube tu.. =)
      Bardboo recently posted..Millau Viaduct | Jambatan Tinggi MelangitMy Profile

  11. zie fauzi
    | Reply

    syoknya duk negeri org… boleh berjalan merata2…. 🙂
    zie fauzi recently posted..63 Pilihan Set Bersalin di MalaysiaMy Profile

  12. Myra Jay
    | Reply

    Menakjubkan dan cantik!!! 😉
    Myra Jay recently posted..Persiapan Kenduri Doa Selamat @LumutMy Profile

  13. anif
    | Reply

    Seronok dapat lihat jambatan tu dari dekat!
    anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #38My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge