» » Minggu Ke-34 Sudah!!!

Minggu Ke-34 Sudah!!!

Assalamualaikum.
Argh, sudah lama tak update pasal pregnancy. Apa punya mommy-to-be la saya ni kan? Hehe. Bukan apa, kalau asyik cerita tentang satu topik je, bosanlah plak nanti.
Hurm, hari ni kandungan dah masuk minggu ke-34!! Wow wie, tak lama je lagi ni. Cuma tinggal lagi beberapa minggu je untuk jumpa baby, InsyaAllah. Sekarangni perut makin besar, memboyot ke depan secara membulat yang sangat comel dipandang. Hehe. Hah mulalah mengarut tu. Tapi betullah, saya rasa perut ni macam besar sangat je. Bonda pun kata perut saya lagi besar dari perut Kak Uda yang dah menunggu hari nak bersalin sekarangni.
Baby pun gerak semakin aktif sekarangni. Asyik pusing-pusing ke. Kadang-kadang tu sampai senget-senget perut saya dibuatnya. Hah tang ni dah nampak tak comel dah. Haha. Tapi saya suka tiap kali baby gerak. Tapi kadang-kadang sakit gak. Ouch!!
Ohh ada berita gembira la. Tangan saya dah OK sikit. Tak macam dulu lagi. Harapnya akan betul-betul sihat selepas ni.
Lagi, kitorang dah pilih dah nama untuk baby. And now bila cakap-cakap dengan baby, kitorang akan panggil dengan nama yang kitorang decide tu. Tapi tak tahulah boleh ke tak ek? Ada ke hukum pasal ni ek? Kalau sesiapa yang tahu, tolonglah bagitahu ye. Thanks.. ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge