» » » Misi Mengganti Puasa

Misi Mengganti Puasa

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan? Dah habis ganti puasa ke? Saya masih ada lagi lapan hari. Masa bulan Ramadhan sebelum ini, kalau nak diikutkan saya ada dua kelonggaran untuk tidak berpuasa, iaitu sedang mengandung dan juga masih lagi menysusukan Ammar. Tapi saya tak berpuasa bukan disebabkan ini. Tapi disebabkan sakit gigi!

Kalau ada yang masih ingat lagi, saya pernah buat pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu yang tumbuh senget. Pembedahan dibuat dua hari sebelum bulan Ramadhan. Masa tu, saya cuma boleh makan Panadol sahaja sebagai ubat tahan sakit sebab tengah mengandung. Panadol ini tak adalah kuat sangat untuk tahan sakit. Jadinya, lepas beberapa jam makan, sakit tu akan datang balik. Dan sakitnya memang teramat sakit sampai saya tak boleh tahan, sampai menangis.

Kalau nak diikutkan, hari-hari saya bangun sahur, dan makan ubat. Tapi dalam pukul 10 pagi, mesti dah rasa sakit sehingga terpaksa berbuka. Banyak hari jugalah saya ponteng puasa! Hehe.

Dan yang lebih merugikan, saya tak ambil peluang untuk ganti puasa masa musim sejuk hari tu. Sebabnya, tengah sarat mengandung. Kononnya tak larat nak berpuasa, tapi sebenarnya keinginan makan tu yang tak dapat dikawal. Hehe.

Sekarangni, nak tak nak, saya kena gagahkan diri juga untuk berpuasa pada musim panas. Subuh masuk pukul 4.++pagi, Maghrib pula pukul 9.++ malam. Dugaan! Rasa menggigil-gigil kepala lutut ni sementara nak menunggu waktu berbuka. Almaklumlah, sekarangni tengah menyusukan Aneesa pula. Tapi kalau boleh, saya nak berpuasa penuh tahun ini. InsyaAllah.

Oh ye, nak tumpang promosi sikit lah kat sini ye. Bagi siapa-siapa yang nak mencuba suplemen untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa ini, bolehlah cuba set Mighty 3 Gems ini. Boleh baca keterangan lanjut tentang set ini di link yang saya berikan tu k? =)

p/s: Kalaulah harga pos murah, saya dah beli dah set ini untuk dihantar ke Toulouse ni. Tapi disebabkan harga pos lebih mahal dari harga barang, simpan je la hasrat ni. Huhu.

11 Responses

  1. hanari
    | Reply

    semoga diberi kekuatan untuk menjalankan puasa dengan waktu yang lebih lama dari pada biasanya.
    hanari recently posted..Efek Kemoterapi untuk Keluarga PasienMy Profile

  2. Rina
    | Reply

    Waktu puasanya sungguh lama, semoga selalu diberi kekuatan dan kesehatan yang baik agar dapat menjalani puasa dan segala rutinitas ibadah… 🙂
    Rina recently posted..How To Get and Create a Free Blog From .Edu DomainMy Profile

  3. Mama Murai
    | Reply

    Besar sungguh dugaan berpuasa di negara orang… tapi kalau orang lain boleh, takkan kita tak boleh, ye dak bard… Banyak faedahnya berpuasa 🙂
    Mama Murai recently posted..Semak bil AstroMy Profile

  4. hatiputera
    | Reply

    Kena cepat-cepat ganti nie. Dah tinggal hanya beberapa hari jer lagi.
    hatiputera recently posted..Resepi Kerabu Kacang BotolMy Profile

  5. hafiz
    | Reply

    lama juga ye berpausa kat sana, semoga tabah menghadapi dugaan..
    hafiz recently posted..Wordless Wednesday #26 : Gelagat hero-herokuMy Profile

  6. eiela
    | Reply

    panjang masa puasa time musim panas ye. semoga dpt berpuasa dgn baik.

  7. Hafizul
    | Reply

    Cepat2 ganti puasa..hehe
    Hafizul recently posted..Jeng Kreng Wase LeningMy Profile

  8. Myra Jay
    | Reply

    Myra ada lagi 3 hari nak kena ganti..

    Moga berjaya habiskan ye, mencabar tu puasa panjang..
    Myra Jay recently posted..PROMOSI Soft Book Washable for ChildrenMy Profile

  9. Anuar
    | Reply

    Cayok… Cayok… Selamat menggantikan puasa…
    Anuar recently posted..Peluang menjadi Rakan Pemasaran Projek MyKad Smart Shopper (MSSP)My Profile

  10. Ummi Hanie
    | Reply

    slmt m’ganti ye BArd… klu dah terlebih ‘masa’, terpaksalah byr fidyah skali…

    akk dah 2thn x silap rasanya x ganti puasa… sbb dpt puasa penuh, alhmdllh 😉

    last 2 years sbb preggy, last year sbb xde uzur setahun lepas brsalin dan insyaAllah kali ni pun mudah2an dpt penuh jugalah
    Ummi Hanie recently posted..Kronologi Tanda DuaMy Profile

  11. akubiomed
    | Reply

    Tempoh waktu berpuasa yang panjang. Dugaan.

Leave a Reply

CommentLuv badge