» » Mitos Kejayaan

Mitos Kejayaan

Assalamualaikum.

Entri ini merupakan entri kedua dari En. HBB. Entri pertamanya adalah mengenai ‘Tolong-Menolong“. Dah baca ke belum? Kalau belum, bolehlah baca juga ye selepas baca entri terbaru ini, mengenai ‘Mitos Kejayaan’.

Siapakah dalam dunia ini tidak mahu berjaya dalam hidupnya? Sila angkat hidung tinggi-tinggi. Hehehe. Sudah pasti tiada yang mahu. Sedangkan Allah juga menyuruh kita mencapai atau menuju kejayaan. Buktinya dalam seruan azan.. “marilah menuju kejayaan”.

HBB bukan hendak menulis bagaimana hendak mencapai kejayaan tetapi hendak membincangkan pasal kata2 hikmat tentang kejayaan yang telah dijadikan mitos oleh sebilangan orang. Banyak kata2 hikmat tentang kejayaan ini antaranya ialah “usaha tangga kejayaan”, “kejayaan bermula dengan keinginan dan diikuti usaha yang terancang”, “untuk berjaya kita mesti gagal dahulu” dan banyak lagilah kalau nak ditulis.


Selalunya pada hari pertama jumpa pelajar, HBB akan bertanya apakah kata2 hikmat yang pelajar pegang untuk berjaya. Adalah seorang pelajar itu menyatakan “untuk berjaya kita mesti gagal terlebih dahulu”… HBB terus berkata kepada pelajar tersebut, kalau begitu silalah gagal matapelajaran Kimia Analisis (SSC1293) untuk semester ini dan ambil lagi semester hadapan dan pasti anda berjaya. Tersengih2 pelajar tersebut. Hehehe.

Maka mulalah HBB berceramah dalam kelas. Kita sering mendengar cerita tentang orang yang gagal dan berjaya dalam hidupnya. Tahukah kita berapa ramai yang gagal dahulu kemudian berjaya? Kenapa cerita itu boleh didengar, kerana orang yang gagal tersebut bangga dengan kejayaan mereka setelah gagal. Pernah ke kita terfikir tentang mereka2 yang gagal dahulu dan terus tidak berjaya? Mereka2 ini, sudah pasti akan menjauhkan diri dari bercerita tentang kegagalan mereka dan tidak bangun2 (berjaya bangun)…

Tahukah kita peratus mereka yg gagal dahulu dan kemudian bangun tidaklah sampai 2%. Sedangkan 98% cerita mereka yg gagal dan terus gagal tidak kita dengari. Maka mitos “untuk berjaya kita mesti gagal dahulu” tidak boleh dipakai. Takut2 kita tergolong dalam 98% itu.

Marilah kita menuju kejayaan. Pantun tentang kejayaan ada dalam blog HBB.

12 Responses

  1. akhiyy
    | Reply

    motivasi yang baik…kene bace tiap pagi neyh..baru semangt..
    akhiyy recently posted..Ayaq Dalam Besi, Api Dalam KacaMy Profile

  2. hafizmd
    | Reply

    Utk berjaya, kita kena tau apa yg kita inginkan. Apa jua tekniknya, DIA jgn kita lupa.

    Thanks Bard utk entri ni. Mmg meransang sungguh! =)

  3. Jebeng Otai™
    | Reply

    yg penting usaha dengan berkesan..baru berjaya 100%..tiada gunanya jika usaha yg tidak membantu..
    Jebeng Otai™ recently posted..Scion XB RS 7.0My Profile

  4. Aya
    | Reply

    Aya tengok gambar budak tu, tambah Aya bersemangat untuk berjaya.. hehhee
    Aya recently posted..Wow! Rumah Atas Pokok Tertinggi dengan 10 TingkatMy Profile

  5. Denaihati
    | Reply

    memang bagus nampaknya motivasi ni.
    hidup dan berusaha yang berani untuk menghadapi kegagalan tanpa patah semangat untuk capai kejayaan. “untuk berjaya kita mesti gagal dahulu” bukanlah pilihan kita sepatutnya, hanya gagal selepas berusaha dan jadikan pengalaman untuk berjaya kemudian.
    Denaihati recently posted..Honda Jazz Hybrid memang terbaikMy Profile

  6. azmanisma
    | Reply

    Kena tanamkan sikap berani untuk gagal baru boleh berjaya semula 🙂
    azmanisma recently posted..Wordless Wednesday#Ngantuk or Lentok?My Profile

  7. fiezaradzi
    | Reply

    pendek kata, semua itu bergantung pada diri sendiri, jika rasa ingin bangun dan berjaya boleh, tapi kalau rasa tak mampu, itu yg 98% tu..

    masing2 telah ditetapkan rezekinya. yg boleh buat, terus usaha, sama ada berjaya atau gagal..
    fiezaradzi recently posted..Lelaki vs Wanita – Siapa Lebih Awal KahwinMy Profile

  8. shraqs
    | Reply

    Betul tu,.. kita slalu digembar gemburkan dengan cerita org berjaya selepas kegagalan wpun peratusannnya kecik. Camana pulak dengan yg tak berjaya sampai sudah? Kita sendiri pun tak nak ambik tahu kan… 🙂 IMO
    shraqs recently posted..Perkara Paling Penting Dalam Blogging Ialah …My Profile

  9. noorsyamsul
    | Reply

    entri yang merangsang motivasi diri. sebelum ni jarang orang highlight pasal golongan yang 98% tu…
    noorsyamsul recently posted..BAS RAPIDKL TERBAKAR LAGI!My Profile

  10. Sya Isya
    | Reply

    tak pernah pula dengar kena gagal dulu untuk berjaya. Bagi Sya, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Berjaya sekali juga tak bermakna berjaya selamanya. Tidak sukar untuk berjaya, tetapi amat sukar untuk mengekalkan kejayaan sebenarnya dan lebih sukar untuk menjadi lebih berjaya dari kejayaan yang telah dikecapi. 😀
    Sya Isya recently posted..REMAJA & CINTA: KENAPA HUKUM COUPLE ITU HARAM? (DALIL AL-QURAN & HADIS)My Profile

  11. segalabenda
    | Reply

    ni la masalah orang melayu kita..bila gagal aje, dah giveup..
    segalabenda recently posted..Kuruskan badanMy Profile

  12. rahman
    | Reply

    betul juga tu bro. tapi orang kita bukan gagal dulu baru berjaya.. masaalahnya orang kita ni ada sifat malas mencuba.. alamatnya memang tak berjaya ler 🙂
    rahman recently posted..Perangi jenayah habis habisanMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge