» » Nak Hamil Dengan Sihat

Nak Hamil Dengan Sihat

posted in: Shaklee | 1

Assalamualaikum.

Semua ibu mengandung pasti nak hamil dengan sihat, kan? Kalau boleh, tak nak lah merasa mual-mual, loya-loya, dan muntah-muntah je. Tapi itu semua normal. Selalunya masa peringkat awal kehamilan je (trimester pertama). Selepas dari itu, insyaAllah keadaan ibu-ibu akan kembali seperti biasa pada trimester kedua, yang juga dikenali sebagai ‘honeymoon period‘.

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu mengandung perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Kena makan makanan yang berkhasiat, untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Ibu mengandung kena elakkan pengambilan alkohol dan juga merokok. Kalau boleh, cuba juga elakkan dari makan makanan yang tak berkhasiat. Tapi biasalah kan, masa kita mengandung ni, macam-macam pula yang kita mengidam nak makan. Makanlah apa yang mengidam tu, tapi dalam kadar yang sederhana.

Selain dari mengamalkan pemakanan seimbang, ibu mengandung juga digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana:

  • Dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
  • Mengurangkan kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika lahir
  • Membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan

Di antara vitamin yang penting untuk ibu mengandung adalah:

  • Iron – ¬†Untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. (Makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.)
  • Asid folik – Untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Asid folik boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  • Kalsium – Untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  • Omega 3 – Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati-hati, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Jika ibu-ibu yang sedang membaca ini ingin mengambil vitamin semasa mengandung, Mama nak cadangkan Set Kehamilan Shaklee untuk anda. Ini kerana, vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi yang berkualiti tinggi (Perbezaan Antara Vitamin Semulajadi dan Vitamin Sintetik). Baca lebih lanjut tentang set kehamilan Shaklee di pautan yang diberikan.

set hamil asas shaklee

Untuk tempahan, hubungi Mama di nombor ini:

MamaBard 013-3876903


Ataupun isi borang di bawah untuk menghantar emel kepada Mama:

Dengan menjadi ahli Shaklee berdaftar, anda akan mendapat diskaun sebanyak 20-25% untuk setiap produk. Dan jika anda mahu berbisnes Shaklee, terdapat banyak lagi kelebihan yang akan anda dapat.

Untuk mendaftar, sila klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

One Response

  1. Oneblogsocial
    | Reply

    Terimakasih,saya akan cuba kongsikan dengan isteri.
    Oneblogsocial recently posted..10 Blog Akan Saya ReviewMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge