» » Niat di Hati Nak Susukan Baby Nanti, tapi…..

Niat di Hati Nak Susukan Baby Nanti, tapi…..

Waa tajuk entry macam syahdu je kan? Huhu. Kalau boleh, saya memang nak bagi baby dengan susu ibu nanti bila dah bersalin. Sebabnya susu ibu lebih banyak khasiat berbanding dengan susu formula. Lepastu boleh merapatkan lagi hubungan antara ibu dan baby. Best2!!

Tapi masalahnya saya risau sangat tak dapat nak hasilkan susu banyak dan mencukupi. Sebabnya saya tengok dua orang kakak saya memang tak dapatkan nak susukan baby diorang sebab susu tak mahu keluar. Sampai menangis-menangis masa cuba nak pam susu bagi keluar. Sakit katanya. Agaknya saya pun nanti macam tu ke agaknya?

Lagipun, saya malu gak nak menyusukan baby in public nanti. Mesti segan, kan? Huhu.

Tapi tak apa. Disebabkan saya memang bertekad nak fully breastfeed baby kami ni nanti, saya akan berusaha!! Waa, yakin gila. Eh dengan keyakinan baru datang kejayaan, tak gitu? Lagipun buat masa sekarangni saya belum bekerja lagi. So tak ada alasanlah tak mahu susukan baby. Kalau dah kerja nanti,  tak terbayanglah kat kepala ni macam mana nak berPRP sambil mengepam susu. Hehe.

Sejak semalam lagi saya duk mengadap blog-blog orang yang fully breastfeed baby diorang ni dan baca macam-macam info dan kisah menarik. Cik Abang juga sampai kena paksa baca entry mengenai “Peranan suami dalam menjayakan penyusuan bayi”. Haha.

Takpe2, mari kita sedut ilmu itu perlahan-lahan, nanti kita praktikkan yer. =)

Leave a Reply

CommentLuv badge