» » Nurse Datang Rumah Lagi

Nurse Datang Rumah Lagi

Alahai, nurse datang rumah lagi. Terus rasa macam ada sakit kronik je plak, padahal mengandung je pun. Hehe.

So macam biasa. Nurse ukur tekanan darah, tengok kaki bengkak ke tak, dan ukur tinggi rahim. Dan soalan lazim tiap kali diorang tengok perut aku yang comel ini “Ini operate apa? Apendiks ke?”. Huhu, yolar tu. Cerita berbelas tahun yang lepas.

Lepas dah check semua tu, nurse akan tanya ada apa-apa masalah tak. Saya cakaplah yang tangan selalu kebas-kebas sekarangni. Nurse cakap tu sebab kurang kalsium, tak minum susu. Haish memang tepat kena sasaran! Haha. Memang I tak minum susu pun!

Then nurse tanya ni dah sarapan ke belum? Oh dengan tersipu-sipu malu saya cakap belum. Then nurse kata “Haih duk rumah buat apa je?”. Saya pun senyum sipu-sipu lagi. Dalam hati “Aku duk blogging dari pagi tadi, mana sempat mahu sarapan”. Haha.

Dan tadi nurse saranankan suruh makan enam kali sehari. Dengar tu Cik Abg, ENAM kali sehari ye!! Hehe.

MENARIK SANGAT!! TAK PERCAYA??





Ehem: Kena paksa gak diri untuk minum susu nampak gayanya.
Ehem-ehem: Enam kali sehari?! I Loike!!!!!! ^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge