» » Oh perempuan..

Oh perempuan..

Selama hampir dua bulan aku menjalani praktikal, banyak yang aku telah belajar..bukan sahaja mengenai Good Manufacturing Practice (GMP), tetapi yang paling aku hargai adalah pendedahan kepada dunia pekerjaan, yang penuh dengan ragamnya..dan juga mengenai ragam manusia..
sebelum ini, kehidupan aku hanyalah dikelilingi dengan pelajar2 yang sama baya denganku..yang mempunyai minat yang sama, aktiviti yang sama, masalah yang sama, dan segalanya juga sama..tiada sesuatu yang ‘extreme’ pada kami..dan inilah dunia aku selama ini..
namun kini, aku sudah dapat merasa sendiri bagaimana alam pekerjaan itu..yang dipenuhi dengan mereka yang berdedikasi menjalankan kerja, mereka yang lalai dan hanya makan gaji buta, dan juga mereka yang sanggup memijak orang lain hanya kerana mahu diri sendri berjaya..
selama dua bulan ini, aku lebih banyak memerhati dan mendegar..aku melihat keletah mereka, dan aku juga mendengar luahan hati mereka..
dan melalui pengamatan aku ini, dapatlah aku simpulkan yang Kaum Hawa oleh dibahagikan kepada beberapa kategori;

1-mereka yang masih belum berpunya, tetapi mempunyai keyakinan akan berjumpa dengan jodoh sendiri suatu hari nanti.

2-mereka yang masih belum berpunya, tetapi sudah membenci dan tidak mempercayai lelaki.

3-mereka yang sudah mempunyai buah hati, dan setia pada pasangan.

4-mereka yang sudah mempunyai buah hati, tetapi curang.

5-mereka yang sudah berkahwin, dan hidup bahagia.

6-mereka yang sudah berkahwin, tetapi terpaksa menanggung suami dan hidup terseksa tanpa belaian seorang suami.

7- mereka yang sudah berkahwin, tetapi digantung tak bertali dan terpaksa bekerja demi membesarkan anak2.

8-mereka yang sudah menjadi janda, bukan atas kehendak sendiri, tetapi kerana keluarga tidak merestui.

aku tahu banyak lagi kategori yang terdapat di luar sana..tapi buat setakat ini, inilah yang telah aku perhatikan..apakah ketegori anda?
dalam banyak2 ini, aku paling tersentuh mendengar luahan hati si 6..orangnya lemah lembut..sangat sopan caranya..hati aku tersentuh kerana perempuan yang sebaik ini tidak mendapat layanan yang sepatutnya dari si suami yang amat disayangi..

wahai lelaki, ketahuilah bahawa wanita itu adalah tanggungjawab kamu..jagalah dengan sebaiknya dan jangan sekali2 kau guris hatinya..

17 Responses

  1. HEMY
    | Reply

    HIDUP TAK SEMESTINYA ADIL..=P

  2. ARYN
    | Reply

    aku pun penah belaja GMP. hehe. tibe2 terlari topik. ko tnya BSS? kat ne tu. xpenah dgr pun. nama pnjg apa?

  3. bEEdLE d' bARd
    | Reply

    nur-hehe..besh jd innocent nie..

    ayin-bagus!! =)

    zino.betol tu..

    mala-takut ar nak jmpa benda tu sume..

    dira-hope kita semua dapt hadapi semua cabaran tu dgn tenang.. =)

    kapten-haha, aku out of topic plak..

  4. bEEdLE d' bARd
    | Reply

    haruan- jgn le ckp camtu..

    jard- alala.. =)

    cikgu_math- ye kak, terlepas plak kategori tu..

    fiza-nnt ko kene gak keje kan? huhu..doakan ko dpt masuk group 5 cpt2..=)

    joe-yup..

  5. Monkey D Luffy
    | Reply

    aku ingat ko nak perhati gelagat organisasi

    last2 tentang wanita plak

  6. dira
    | Reply

    Akak dah rasa semua tu,belajar di kolej,tinggal di hostel,bekerja di sykt korporat dan sekarang jadi surirumah sepenuh masa.Rasa beruntung sebab bukan semua org yg dapat pengalaman sebegitu.Memang hidup ini penuh cabaran!!!

  7. nURmALa mAZLan
    | Reply

    itu la dunia sebenar.. banyak lagi yg kamu lom hadap..ahahha~ tunggu je la..nnt kamu akan nampak kawan mkn kwn.. lidah bercabang..talam 2 muka…wakkkk!!! banyak la

    pape pon saya juga rindu kan alam belajar dulu..wwwuuuaa!!! rindu nih

  8. zino
    | Reply

    diluar sana banyak yg tak di ajar semasa berada di kolej.. satu pengalaman yg berguna..

  9. ayin jemin a.k.a ain
    | Reply

    no 3!

  10. NuR
    | Reply

    hehe..
    takkan nak belajar je.
    tak salah nak belajar tapi tuntutan hidup memerlukan kita utk bekerja..

    tapi besh kan kalo kita dpt jadi bdk2 balik dgn perasaan innocent tu..

  11. joegrimjow
    | Reply

    cam2 perkara sekarang
    manusia lan2 plak!

    ish2

  12. Fiza
    | Reply

    ko at least ada pengalaman keje…aku ni lg la xde..riso gk nnt

    em aku kategori 3 n aku harap dpt jd 5 nnt..

    tp nama pun hidup kan,mesti ada dugaannya nnt..

  13. cikgu_math
    | Reply

    erm… masih tertinggal 1 kategori..
    wanita yang bahagia dialam perkahwinan, tetapi terpaksa redha bersendirian kerana ALLAH lebih menyayangi pasangannya…Akak berada disitu!

  14. Jard The Great
    | Reply

    aku number 1 gk.. hehe

  15. bEEdLE d' bARd
    | Reply

    memang lain pon..
    kalau blh sy xmau la masuk dunia pekerjaan..

  16. haruan tasek
    | Reply

    macam mana juga perempuan pun sama … kalau ikut peratus perempuan banyak menguris hati lelaki… setahu aku le.

  17. NuR
    | Reply

    emm..akak pilih no 1 kot…

    lain kan bila berada dlm dunia pekerjaan dan dunia belajar?
    akak rindu pada dunia belajar….huhu

Leave a Reply

CommentLuv badge