» » Mudahnya Bisnes Shaklee Bila Sudah 100% Online

Mudahnya Bisnes Shaklee Bila Sudah 100% Online

posted in: Shaklee | 3

Assalamualaikum.

Tarikh 2 Oktober 2013 ini merupakan satu detik baru buat Shaklee Malaysia, di mana segala urusan sudah boleh dibuat secara online. Ini barulah betul-betul dikatakan sebagai bisnes di hujung jari. Hanya perlukan laptop dan internet, semua benda pun sudah boleh diuruskan. Mudah bukan?

Lepas ini, sudah tak perlu risau lagi jika tinggal jauh dari HQ ataupun cawangan Shaklee. Kerana segala urusan boleh dilakukakan secara atas talian  (online) sahaja.

Sebab itulah bagi Mama, Shaklee ini merupakan bisnes yang terbaik buat surirumah seperti Mama. Sebab kita tidak perlu keluar dari rumah pun untuk berbisnes. Selain daripada dapat menguruskan keluarga sepenuh masa, kita juga dapat menjana pendapatan keluarga. Bukan ke bagus tu?

Lagipun, bisnes suplemen kesihatan ini mempunyai permintaan (demand) yang sangat tinggi. Semakin hari semakin ramai yang sedar akan keperluan untuk menjaga kesihatan. Dan suplemen ini juga merupakan produk yang akan habis,  jadinya setiap bulan pun sudah pasti akan ada yang membeli. Yakinlah pada rezeki yang Allah sudah tetapkan buat kita. Cuma kita yang perlu berusaha. Rezeki tidak akan datang bergolek macam itu sahaja, betul tak?

Jadi, kalau anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan Shaklee, boleh hubungi Mama. Macam-macam kelebihan yang bakal anda dapat bila menyertai kumpulan besar kami, kerana bimbingan akan diberikan secara berterusan, InsyaAllah.

daftar ahli shaklee

Portfolio MamaBard

3 Responses

  1. Ummi Hanie
    | Reply

    biz online mmg sgt mudah 🙂
    Ummi Hanie recently posted..Jalankan ibadah Korban dengan eQurbanMy Profile

  2. zie fauzi
    | Reply

    kak pernah jd ahli, mkn esp masa baru2 bersalinkan humaira tp baru perasan date kat member kad tu dah expired…. dekat 3 bulan dah… cmna nak renew ye bard….
    zie fauzi recently posted..Pandai Naik Tak Pandai TurunMy Profile

  3. Anuar
    | Reply

    Tahniah… Semoga lepas ni lebih memudahkan mama untuk berjaya dalam bisnes… 😉
    Anuar recently posted..Harga minyak naik, Gaji RM6000 sukar nak Beli Rumah?? Sifu Rumah Lelong ada jawapannya…My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge