» » Operasi Melabel Barang-Barang Masakan (FREE LABEL)

Operasi Melabel Barang-Barang Masakan (FREE LABEL)

operasi melabel barang-barang masakan (1)

Assalamualaikum.

Dah lama saya pasang impian untuk melabel semua barang-barang dapur. Sebelum ni memang ada labelkan, tetapi cuma gunakan masking tape je dan tulis dengan pen marker. Tulisan pun macam cakar ayam. Bila lama-lama tengok, rasa sakit mata la pula.

Jadi saya pun buatlah label di Powerpoint, kemudian print, potong, dan tampal guna selotape jernih. Dan hasilnya seperti gambar di bawah ini. Nampak lebih kemas dan ceria. Haa barulah rajin sikit nak masuk dapur. Hee, alasan je tu pun sebenarnya. =P

label barang dapur

Dan bila saya kongsikan di Facebook untuk beri softcopy label ni secara percuma, ramai pula yang berminat rupanya. Jadi saya pun tambah lagi beberapa label yang dirasakan mungkin orang lain perlukan, dan upload di Google Drive. Jadi untuk siapa-siapa yang berminat, boleh terus klik link-link di bawah ini untuk download ye.

Saya sediakan tiga jenis fail;

1. Fail PDF (untuk yang nak terus print tanpa perlu edit-edit)

Link download: Label barang masakan (pdf)

2. Fail WORD (untuk yang nak adjust saiz label jadi lagi besar atau kecil)

Link download: Label barang masakan (word)

3. Fail POWERPOINT (untuk tambah sendiri mana-mana label yang dirasakan perlu, ataupun kalau nak tukar warna dan font label)

Link download: Label barang masakan (powerpoint)

Untuk tiap-tiap fail ini ada label yang kosong. Manalah tahu kot-kot ada sesuatu yang perlu dilabelkan secara spontan, bolehlah terus tulis di label tersebut dan tampal.

Untuk yang nak download kesemua tiga-tiga fail sekaligus, boleh klik link INI (FOLDER LABEL BARANG DAPUR)

Semoga perkongsian yang tidak seberapa ini akan memudahkan tugas kawan-kawan semua. Jom hias dapur! Kalau ada sesiapa yang dah gunakan label ni nanti, bolehlah share gambarnya ye. =)

KLIK SINI untuk RAHSIA Menjadi Seorang Suri Rumah Profesional!

11 Responses

  1. rika
    | Reply

    bagusnya siap berlabel. Takdala sush nak cari bila keadaan kelam kabut. Selalu tersalah botol. Bekas garam dengan gula :-).
    rika recently posted..Demam Kuning @ Jaundis Normal atau Tidak?My Profile

  2. Sani Sini Sana
    | Reply

    Bagusni siap bagi template lagi..Korang yang tak dak label lagi tu pakat print dan tampal….
    Sani Sini Sana recently posted..Jangan Beli Senarai Produk Laku Keras dan Margin Tinggi!My Profile

  3. Kak Kep
    | Reply

    Rajinnya buat label. Kak Kep belasah jek. Boleh jugak terbabas nak taruk benda lain, terletak benda lain. Hahaha.
    Kak Kep recently posted..Jelajah Eropah dengan Kak Kep : Main Salji di Mont Blanc, ChamonixMy Profile

  4. titan
    | Reply

    wahh..

    rajin wat label ehh..

    tolong buatkan, boleh?
    titan recently posted..Nes VGS Energy Drink BAGUS untuk ibu mengandungMy Profile

  5. Adam
    | Reply

    Dari sini dah nampak dapur MC memang kemas.
    Adam recently posted..Makan RM45.90 Untuk Berdua di TGI FridaysMy Profile

  6. ikhwan
    | Reply

    senang nak buat rujukan bila dah ada label.
    ikhwan recently posted..Nak Ramping Cara Mudah Dan CepatMy Profile

  7. shukran
    | Reply

    blogwalking here.. nice sharing

    #visit me on shukranzahari.blogspot.com
    #happy blogging

  8. mohdridzwan
    | Reply

    Memang terbaik la kalau dapat buat macam ni.
    Dapur umah ambe pun ada label juga. Cuma cara old skool sikit la. Tulis tangan ajer. Hehhee…
    mohdridzwan recently posted..Antara Gunung Berapi dan The King of MagicMy Profile

  9. Suhimi Nain
    | Reply

    bagi yang berkesempatan untuk buat kerja-kerja ni time cny. 🙂
    Suhimi Nain recently posted..7 Cara Tingkatkan Trafik Blog Dengan BerkesanMy Profile

  10. Alin Marlini
    | Reply

    Terima kasih banyak2 Mama Bard 🙂
    Alin Marlini recently posted..Makan di Waroeng Penyet dengan gadis gorjesMy Profile

  11. faizul
    | Reply

    Hmm.. Bagus idea ni, memang pernah diamalkan pun cuma bukan pada rempah masakan tapi pada jenis-jenis pakaian kitorang. Baju mak, baju bapak, stokin mak, stokin bapak, pakaian dalam pun ada label masing-masing. Yang penting nampak lebih tersusun dan sangat 5S 🙂
    faizul recently posted..Beli Online – Headset MP3 PlayerMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge