» » » Oral Glucose Test during Pregnancy | Ujian Air Gula

Oral Glucose Test during Pregnancy | Ujian Air Gula

Assalamualaikum.

Nampak gayanya entri tentang ‘Pengalaman Pertama Minum Air Gula‘ ni telah membuatkan ramai rakan-rakan blogger yang salah faham. Salah saya sendiri, sebab tak terangkan tentang ujian ini betul-betul. Maaf ye. Meh sini saya terangkan secara lebih mendalam ya.

Ujian yang saya buat hari tu dinamakan ‘Oral Glucose Tolerance Test (OGTT)‘. Ujian itu dijalankan untuk mengenalpasti samaada seseorang itu ada diabetes atau tidak. Sebabnya perempuan mengandung lebih tinggi risikonya untuk mendapat kencing manis, dipanggil sebagai ‘Gestational Diabetes‘. Selain kencing manis, perempuan mengandung juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat darah tinggi.

Mesti ada yang rasa pelik, kenapa perlu minum air gula kalau nak check ada kencing manis atau tak. Kalau dah minum air gula, mestilah paras gula tinggi, kan? Ok kita belajar sikit tentang pengawalan paras gula (glucose) dalam badan kita ye.

Bila kita makan, sistem penghadaman kita akan bertindak untuk pecahkan makanan tu kepada molekul-melekul kecil. Dan molekul yang paling kecil untuk karbohidrat adalah ‘glucose’. Bila ada glucose dalam salur darah, pankreas akan hasilkan hormon insulin untuk masukkan balik glucose ke dalam sel-sel badan. 

Dalam keadaan optimum, insulin-insulin ini akan berjaya masukkan balik glucose ke dalam sel badan. Tapi bila kita ada penyakit kencing manis, insulin yang dihasilkan samaada tidak mencukupi ataupun tidak berfungsi dengan baik. Jadi glucose akan tetap berleluasa dala salur darah kita, dan bacaan glucose akan tinggi dari paras normal bila kita ukur kandungan gula dalam darah.

Jadi berbalik kepada kes minum air gula tadi. Apa yang kita minum adalah ‘concentrated glucose’. Yang masuk ke dalam badan kita adalah glucose, yang tak perlu dipecahkan lagi kepada molekul yang lebih kecil. Jika kita bebas dari diabetes, insulin dalam badan kita boleh normalkan balik paras gula dalam darah ini. Tapi kalau insulin kita tak cukup atau tak berfungsi dengan baik, makan tinggilah bacaan gula kita nanti. Ok, rasa-rasanya boleh faham dah tak kenapa kena minum air gula untuk buat ujian ini?

Best juga buat entri ini. Dapat saya recall balik apa yang pernah saya belajar dulu. Dulu susah betul nak faham fasal diabetes ini. Tapi bila dah faham, syok! Oh ye, kalau siapa-siapa yang dah jalankan ujian ini lepastu bacaan gula tinggi, jangan terus nak ambil ubat je ye. Dapatkan dulu ujian-ujian seterusnya, sebab kadang-kadang ujian tu tak tepat pun. Sebenarnya ada ‘guideline’ yang perlu diikut sebelum boleh diagnos seseorang itu ada diabetes atau tak. Tapi untuk buat entri ini saya tak rujuk pula guideline tu. Dah lupa pun kat mana letak sebenarnya. Hehe.

P/s: Please don’t trust your healthcare practioner 100%. Do your research first. Ok?

21 Responses

  1. Arinie Ghazali
    | Reply

    Penjelasan tentang minum air gula yang ringkas tapi mudah difahami. Thanks
    Arinie Ghazali recently posted..Punca dan cara mengatasi loya semasa mengandungMy Profile

  2. Izwan
    | Reply

    hmm..
    hmm…
    banyak lagi kena faham hal2 macam ni..
    utk masa depan.. hehe
    Izwan recently posted..Contest SEO Blogger,Penaja Tak Perlu BertandingMy Profile

  3. Hafizul
    | Reply

    emm bab air gula ni, sy ada pengalaman ler..bukan pengalaman minum tapi pengalaman teman isteri minum air gula kat hospital..hehe..
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #33 – AlhamdulillahMy Profile

  4. syaifuddin alias
    | Reply

    tak sangka macam2 ujian ada kat dunia ni termasuk yg ni ..huhu
    syaifuddin alias recently posted..Bro Jejai Sakit Kuat – Sumbangan Anda Amatlah DihargaiMy Profile

  5. Pengayuh Gerek
    | Reply

    oo..minum air gula sebab nak detect diabetes..macam2..tp ada jugak yg wat pregnancy test guna clorox..entah tepat entah x..
    Pengayuh Gerek recently posted..Eh,Roti Telur Haram?My Profile

  6. LegolandMalaysia
    | Reply

    Mmg perlu selalu buat test ni. Diabetes ni kalau kena, aduh sengsaranya hidup.
    LegolandMalaysia recently posted..Exclusive Photos From Legoland Malaysia Part 3My Profile

  7. Farah Idayu
    | Reply

    Saya pernah kene minum masa pregnant anak kedua..2 kali pulak tu kene minum sebab bacaan 1st time agak tinggi 7.2 kalo x silap..saya syak nurse tersilap label sebab masa amik darah lepas minum tu dia x label terus dan waktu tu ramai patients..hahaha~! kali kedua minum bacaan cuma 4.0 je (selang sebulan). apakah??? beza byk tu kann…
    Farah Idayu recently posted..Aidiladha kamiMy Profile

  8. Eizil
    | Reply

    Bila dah baca penerangan ni, baru faham kenapa perlu minum air gula tu… macam tu rupanya sistem badan kita berfungsi ya… 😀 terima kasih atas info
    Eizil recently posted..Apabila RSS Reader tidak berfungsiMy Profile

  9. cheeze maz
    | Reply

    salam ziarah.

    oh, sekarang ada ujian mcm ni ya?

    Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

  10. titan
    | Reply

    ohh..ada gak ujian macam ni…hehe..
    titan recently posted..Sikit-sikit Gunung Everest.My Profile

  11. donnyien
    | Reply

    owh ingatkan minum gula tadi, ada bakat nak jadi doctor ni.. hehe.
    donnyien recently posted..Download BR1M 2.0 onlineMy Profile

  12. syaifuddin alias
    | Reply

    jaga kesihatan ye akak .. jgn stress2..air gula ke apa ke, akak telan je, yang penting kesihatan OKAY 😀
    syaifuddin alias recently posted..Wajib Baca : Air Menitik Tengah Malam Air Kencing Hantu RayaMy Profile

  13. ajumohit
    | Reply

    akak dah 3 org anak tp masih belum pernah minum air gula ni, apapon bardboo jaga kesihatan tau
    ajumohit recently posted..iPhone 5 gadget impianMy Profile

  14. Mummy Akmar
    | Reply

    Info ni sangat berguna juga pada sesiapa yang memerlukan. Thanks share sis
    Mummy Akmar recently posted..iPhone 5 Gadget IMPIANMy Profile

  15. Jebeng Otai™
    | Reply

    owh..ingtkan kurang gula..hehe
    Jebeng Otai™ recently posted..Komentator Tegar Oktober 2012My Profile

  16. Naziman
    | Reply

    ingatkan air gula yang kita minum hari-hari tu. bila post entri ni, teringat pula dulu belajar biologi kat sekolah. hehe
    Naziman recently posted..Rumah baru Rupa baru, Hosting ServerFreak Tema SmallyMy Profile

  17. akubiomed
    | Reply

    Sebelum minum concentrate gula perlu berpuasa barulah tepat ujian.

  18. hatiputera
    | Reply

    Puan wife HP lebih faham pasal nie sebab dia kerja kat klinik kesihatan. HP nak terangkan pada orang tak boleh tetapi faham sikit-sikit.
    hatiputera recently posted..BE ke 2 dari NuffnangMy Profile

  19. Mummy Akmar
    | Reply

    Salam PB..

    Saya pon tak berapa paham kenapa kena minum ni. Dah baca.. tapi masih tengah digest ni Hahaha.
    Dulu masa pregnant, takpernah plak minum air ni untuk check paras gula. Cuma check air kecing saja dengan stik apa ntah lupa namanya. Setiap kali check up baby dalam perut mesti kena buat test tu. Cuma blood pressure ada tinggi sikit. Biasalah tekanan perasaan kot.

  20. Cikgu Hairul
    | Reply

    Terima kasih Pn Nurse bagi pencerahan. Sebelum ni ingatkan minum air gula tu, gula yg kita minum hari-hari. Heheh..
    Cikgu Hairul recently posted..Ilmu juga satu bentuk rezekiMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge