» » Penyakit Osteoporosis Atau Rapuh Tulang

Penyakit Osteoporosis Atau Rapuh Tulang

posted in: Shaklee | 2

Assalamualaikum.

Osteoporosis ataupun rapuh tulang adalah satu keadaan di mana kepadatan tulang berkurangan dari kepadatan tulang yang normal. Ini meyebabkan tulang menjadi rapuh dan senang patah. Keadaan ini bolehlah disamakan seperti apabila kayu sudah teruk dimakan anai-anai, cuma menanti masa sahaja untuk patah.

Dari segi luaran, kita tidak akan sedar yang kita menghadapi masalah osteoprosis. Cuma ianya mungkin dapat dikesan apabila tulang kita patah. Antara tulang yang mudah patah apabila seseorang menghadapi masalah osteoprosis ini adalah tulang belakang, tulang pinggul, pinggang, dan pergelangan tangan.

Bila seseorang menghadapi masalah osteoprosis, hanya dengan kecederaan yang ringan sahaja pun sudah boleh membawa kepada patah tulang. Tulang patah akan mengganggu kehidupan seharian dan boleh mengundang kepada masalah tekanan perasaan pula.

Golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit osteopororis ialah individu yang berumur lebih dari 50 tahun, wanita, kurang berat badan, perokok, kurang bersenam, mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang, dan juga mereka yang ada masalah kesihatan seperti rheumatoid arthritis dan hyperthyroidism.

Jadi, bagi mengelakkan dari masalah osteoprosis ini, seseorang itu perlulah:

  • memastikan mengambil jumlah kalsium yang mencukupi dalam diet seharian. National Osteoporosis Foundation (NOF) menyarankan agar orang dewasa di bawah umur 50 tahun mengambil 1000mg kalsium setiap hari, dan 1200mg kalsium setiap hari bagi yang berumur lebih dari 5o tahun.
  • memastikan mendapat jumlah vitamin D yang cukup setiap hari, kerana vitamin D diperlukan oleh badan untuk menyerap kalsium masuk ke dalam tulang. Sumber vitamin D yang paling mudah adalah sinaran matahari. NOF mengatakan bahawa individu di bawah umur 50 tahun memerlukan 400-800 IU vitamin D setiap hari, manakala yang berumur lebih dari 50 tahun memerlukan 800-1000 IU vitamin D setiap hari.
  • melakukan senaman dengan kerap.
  • berhenti merokok.

Akhir kata dari Mama, sayangilah tulang kita! =)

2 Responses

  1. Nisa'
    | Reply

    Kalau boleh, ambil supplement kalsium WITH vitamin D in one bottle. So much better.
    Nisa’ recently posted..It just messes with my mindMy Profile

  2. hafizrahim
    | Reply

    kena minum susu anlene banyak2 ni..baru kurang sikit risiko tulang reput
    hafizrahim recently posted..Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahimMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge