» » Padah Menjadi Anak Bongsu Yang Terlebih Manja

Padah Menjadi Anak Bongsu Yang Terlebih Manja

Assalamualaikum.
Salam Jumaat buat semua. Sihat tak? Rasanya bila dah hujung minggu ni semua orang pun boleh jadi sihat kan. Sebab tak sabar nak tunggu hari minggu. Tapi bila Isnin muncul balik, masing-masing jadi lemah semula. Hehe. =P
Baca tak tajuk tu? Haish, siapalah si anak bongsu yang manja tu kan? Ohoho, mestilah saya! Manja, tapi bukan mengada-ngada k. Kalau dulu, saya memang tak akan mengaku yang saya ni manja. Dialog biasa dari dulu lagi:
Org: Anak ke-berapa?
Saya: Anak last.
Org: Oh mesti manja ni.
Saya: Eh mana ada. Biasa-biasa je. =P
Haha, gila poyoz tak mahu mengaku manja. Sebenarnya memanglah tak ada manja sangat, cuma manja sikit-sikit je. So apa padahnya bila jadi anak manja ni? Hurm, saya tak tahan bila duduk berjauhan dari keluarga. Rindu!
Sekarangni baru 3 minggu tak balik Klang, tapi alahai, dah rasa lain macam je. Boleh dikatakan saya selalu termimpikan famili saya. Tak kisahlah siapa-siapa pun. Nanti kalau cakap dan diorang baca blog ni, diorang akan perasan lebih. =P
Erm, hujung bulan ni baru akan balik Klang. Lama lagi! Saya dah tak sabar dah. Ni baru kejap je berjauhan. Kalau dua tahun?? Nampak gayanya bercucuran airmata hari-hari. =(
p/s: Now Kak Uda(akak ipar) tengah ada dalam labour room. Semoga semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak nak tengok gambar anak buah terbaru.^_^

Leave a Reply

CommentLuv badge