» » Pembedahan Kecil Untuk Buang Gigi Bongsu

Pembedahan Kecil Untuk Buang Gigi Bongsu

pembedahan buang gigi bongsu

Assalamualaikum.

Akhirnya blog ini berupdate jugak, yaey! Saya update ni pun sebab nak cerita sikit pasal proses buang gigi bongsu ni. Ingat lagi tak saya pernah buat entri pasal sakit bila gigi bongsu nak tumbuh? Masa tu betul2 la saya ingatkan yang gigi tu baru nak tumbuh, tapi dah sampai dua bulan masih sakit lagi, rasa pelik plak. Takkan la tak habis2 tumbuh lagi kan? Huhu.

So masa Uda saya ada balik hari tu, saya suruh dia check gigi saya. Dan dia cakap gigi saya tumbuh senget. Melintang habis, gigi baring la senang cerita! Nak tak nak kena buat operation untuk buang gigi tu. So memang dah plan nak buat kat Malaysia je la. Sebab kalau buat kat France, mesti mahal gila.

Petang tadi kami pergi kat Klinik Pergigian Zahida untuk buat appointment, dan patutnya kena buat Isnin depan. Tapi disebabkan ada patient yang nak cancelkan appointment surgerynya, so dapatlah buat hari ni. Lagi cepat buat lagi bagus. Sebab nak nak bulan puasa ni, kan?

Sebelum pergi tadi, makan dulu nasi kerabu pasar malam seksyen 7 Shah Alam yang sedap tu. Pergh, memang mantaplah! Lepastu baru bersiap2 untuk ke klinik. Hati dah mula dup dap dup dap. Sampai kat sana ramai plak orang. Masa menunggu tu, lagilah rasa cuak bagai tak ingat. Huhu.

Bila dah sampai giliran, masuk dalam bilik tu dan baring kat kerusi. Borak2 sikit dengan doktor tu dan sampaikan salam dari Uda saya kat dia, sebab Uda saya kenal dengan doktor ni. Oh ye, doktor yang buat pembedahan ni doktor pakar kat HTAR, so saya pun rasa yakin lah sikit masa nak buat pembedahan tu.

gigi bongsu

Doktor tu kata gigi saya ni dekat sangat dengan gigi lagi satu, so dia terpaksa potong gigi tu kepada empat bahagian. Dan disebabkan saya mengandung, dia tak akan bagi apa2 antibiotik dan painkiller yang dibekalkan pun hanyalah Paracetamol. Proses seterusnya adalah doktor nak inject ubat bius. Sebelum ni ramai yang cakap masa nak cucuk gusi tu sakit, tapi saya tak rasa sakit langsung pun. Tak tahulah, mungkin sebab skill yang ada kat doktor pakar tu kot. Huhu.

Doktor inject tiga kali, lepastu tunggu sampai bibir saya dah rasa kebas2, baru dia mulakan proses seterusnya. Proses potong memotong gigi kot. Secara jujur, saya tak tahu pun apa yang doktor buat sepanjang masa saya dalam bilik tu. Saya tutup mata je, dari awal sampai akhir. Hehe. So saya tak nampak jarum nya macam mana, alat apa yang digunakan, jadi kurang sikit rasa takut!

Mula2 tu memang la takut, tapi lama2 rasa mengantuk macam nak tidur plak. Dan saya fikir argh lantaklah doktor nak buat apa, I trust you. Chewahh! Hehe. Ok yang masa dia potong gigi tu kan, saya boleh dengar dan saya boleh rasa tekanannnya. Tapi tak rasa sakit la. Bunyinya kuat betul, macam bunyi orang gergaji kayu, tapi yang ni betul2 kat tepi telinga sendiri. Bingit gak la rasanya.

Bila dah habis potong2, saya rasa pulak doktor tu tengah cungkil gigi tu keluar. Uish dahsyat gak rasanya nak mengeluarkan gigi tu. Huhu. Tapi jangan risau, tak sakit pun. Cuma kita boleh rasa la dia tengah buat benda tu. Dah habis plak cungkil2, doktor pun jahit. Masa ni saya boleh rasa benang tu kena kat tepi bibir. Tak lama lepas tu, siap! Sekejap je pun. Tapi pipi memang bengkak sebelah lah. Nak cakap pun susah.

Ni saya dah mula rasa sakit sikit2, dan dah makan panadol yang dapat tadi. Tak tahulah berapa hari akan sakit ni. Doktor cakap kebanyakannya pesakit akan sakit selama 3-4 hari, tapi ada juga yang sakit sampai seminggu. Huhu. Harapnya saya sakit kejap je la. Banyak lagi benda belum makan ni….

26 Responses

  1. ayun
    | Reply

    alhamdulillah. keempat-empat hg bongsu dh xde. 2 operate 2 cabutan biasa. 24/11 operate yg sblh kiri bwh.. smpi rini rs sakit n muka bgkak. 1st operate setahun lalu sblh knn bwh xde rs pape..

  2. eby
    | Reply

    Saya nk tnya lepas cabut Gigi tu adakah Gigi yg dcabut akan mngal lubang wlaupun such djahit..sbb sy baru buang Gigi tu smgu lbih then jahitan dh bukak dh tp lubang yg jahit makin hari makin besar.mmg mcm tu kerr? Agak2 lepas berapa minggu lubang tu boleh tertutup.sbb takut jugak nnt mkanan tersumbat dlm lubang tu akan myebbkn infection…

    • wann
      | Reply

      salam. skrg dh tutup ke lubang tu?

  3. Tiha
    | Reply

    Serious buang gigi bongsu nii mase buat mmg blh rs doc dok korek2 klrakn gune mcm skru drv tu die tekan2 utk kelrkan gigi tu i hv 4 wisdom teeth 2 ats 2 bwh..last 2yrs saya buang bwh seblh kiri maaak selps buanh tu mmg sakit dgn x sels bkn psl bengkk but pasal darah bau darah dlm mult drh kelr2 n keep klr samp 2dys bcs my gigi tu besar jgk blh nmpk i sell chck hampr 1bulan br hilanh keselurhn sakit tu ade sebb recovery lmbt sgt..aftr 2 yrs gigi seblh kanan pulak bwh jgk kli saya bt dkt klink government br nak x ray hr isnin but doc dah ckp mmg kene buang looks teruk gigi tu mmg sakit yg amat sgt..x tahu nak gambr kan hopefully blh cept process ni dgr2 doc ckp kene buang menangis hahaha bukan ape teringt kenangan silam..mmg suffering tuhan je tahu x p kelas 3weeks hopefully this time tak jd mcm tu

    • iamnurmohmad
      | Reply

      berapa kos dia ya? sebab syg nak buat pembedahan gigi bongsu sy tumbuh melintang.

  4. Maisarah
    | Reply

    gigi bongsu saya pun tumbuh melintang jugak..memang perlu dibuang

  5. ayu
    | Reply

    skit gg mg skit.. tpi sya nk thu pregnant leh cbut gg ke..?? thaks

  6. […] ada yang masih ingat lagi, saya pernah buat pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu yang tumbuh senget. Pembedahan dibuat dua hari sebelum bulan Ramadhan. Masa tu, saya cuma boleh […]

  7. Sakit Gigi - Blog Bardboo
    | Reply

    […] Salam Jumaat buat semua. Daalm beberapa hari ini, mood saya tak berapa baik sebab sakit gigi. Tak tahulah apa sebab sakit pula kali ini. Kalau sebelum ini, berbulan-bulan menanggung sakit sebab ingatkan sakit gigi bongsu nak tumbuh. Tapi rupa-rupanya, gigi bongsu saya tumbuh senget sampai dah tolak gigi yang sebelahnya. Akhirnya, kena buat pembedahan buang gigi bongsu. […]

  8. ixora
    | Reply

    Saya pun gigi bongsu tmbuh senget……waaaa…..tp takot lak nk kena g bedah gigi nie….

  9. Hafizul
    | Reply

    Wahh menggerunkan…tak nak cabut gigi lepas ni..haha
    Hafizul recently posted..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok KecilMy Profile

  10. rahman
    | Reply

    cabut gigi memang ngeri …huhu 🙂

  11. Zida
    | Reply

    Akak peknen? wahhhh baru tahu!! hehe tahniah! take a good care ye.

    btw, tumbuh gigi bongsu ni memang sakit, nak nak yang kes melintang macam ni, tu orang cakap sakit yang paling sakit lepas mati dan bersalin adalah sakit gigi. alhamdulillah zida tak sakit setakat ni hehe takpe, sakit tu kifarah dosa 🙂

    ps.eksited dengar akak peknen nii. hehehe
    Zida recently posted..Ramadhan : Month of BarakahMy Profile

  12. zie fauzi
    | Reply

    oooo…tumbuh senget yer… patut la bard operate.. heran jgk kak hari tu sbb kak dh 2 kali kot sakit gigi bongsu nak tumbuh..satu belah atas satu lagi belah bawah…. lama jgk sakitnya, tp lama2 hilang mcm tu jer…
    zie fauzi recently posted..29 Minggu – Scan 3D 4DMy Profile

  13. akubiomed
    | Reply

    Saya juga mempunyai gigi geraham bongsu yang senget. Doktor menyarankan buang.
    akubiomed recently posted..Bidikan bunga-bunga di Floria Putrajaya 2012My Profile

  14. Jebeng Otai™
    | Reply

    yela byk lagi lom cover mkn..dh nk puasa dh..hehe

    semoga cpat sembuh seperti sediakala.. 🙂
    Jebeng Otai™ recently posted..Langkah Tingkat Keselamatan Blog WordPressMy Profile

  15. Ummi Hanie
    | Reply

    sy selalu gak tumbuh gg bongsu, mmg sakit sikit kan.. tp ni 1st time dgr gigi baring… 😉

    penah gak kena jahit gusi lepas cabut geraham besor bbrp tahun dulu.. 😉

    ahh lega dah pasal gigi nan satu ni kan
    Ummi Hanie recently posted..Mereka suka melukisMy Profile

  16. deen
    | Reply

    kalau sakit gigi, susah nak buat apa2 keja pon…

  17. yas
    | Reply

    Kebetulan….mmg yas pun tgh sakit gigi nih….adessss
    yas recently posted..Wordless Wednesday – JUAL TUDUNG JATUH HARAM?My Profile

  18. eyriqazz
    | Reply

    saya masa cabut gigi bongsu tahun lepas, demam 3 hari..mc tiga hari..fuhh,nak makan memang rasa payah….siap bengkak pipi…

    My experience :

    http://www.eyriqazz.com/2011/06/cabut-gigi-memang-sakit.html
    eyriqazz recently posted..Telekung Cantik di Gedung Telekung EksklusifMy Profile

  19. Blog Asyraf
    | Reply

    Cabut senang cerita hehe.. Bila sakit gigi, apa kerja yg dibuat mesti tak menjadi haish..
    Blog Asyraf recently posted..Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2012My Profile

  20. akhiyy
    | Reply

    huh gigi jgn buat di main..kalo sakit gigi semua kerja tertangguh..haha
    akhiyy recently posted..Jom Tutup AuratMy Profile

  21. suri
    | Reply

    dh tanam ke gigi tu heee? mahal tak kos utk buang ggi tu?
    suri recently posted..“Iklan Percuma di Udinz.com Sepanjang Ramadhan”My Profile

  22. anif
    | Reply

    Akhirnya dicabut juga gigi tu… 😀
    anif recently posted..Hantu Kapcai – Klip EksklusifMy Profile

  23. azmanisma
    | Reply

    Benda2 yang melibatkan gigi nih memang sakit sampai urat..
    azmanisma recently posted..Terima Kasih Alam Flora – Masih Ada Yang Tak Reti BahasaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge