» » Pembelian Pertama Dari Zalora

Pembelian Pertama Dari Zalora

Assalamualaikum.

Orang lain agaknya dah banyak kali membeli di Zalora, tapi kami baru kali pertama. Itupun disebabkan ada tiga kupon yang boleh digunakan. Kalau tak ada kupon, rasanya memang tak ada nak beli apa-apa.

Untuk kupon pertama, Mama beli blouse muslimah. Harganya RM58.30, kupon pula bernilai RM40, jadi Mama cuma perlu bayar RM18.30. Untuk kupon kedua juga bernilai RM40, Mama pilih untuk beli tudung yang berharga RM40, jadi tak perlu nak bayar apa-apa. Kos penghantaran pun percuma!

shopping di zaloraDan untuk kupon yang terakhir, bagi Cik Abang pula pilih barang yang dia hendak. Dan dia memilih selipar/sandal dengan menggunakan kupon RM50. Jumlah yang perlu dbayar cuma RM2.90 dan Cik Abang pilih untuk buat pembayaran secara COD (cash on delivery).

Bila barang sampai, orang Gdex tu tanya beli barang apa yang murah sangat ni? Hihi. Dia pun tak percaya yang harga barang boleh murah sangat sampai macam ini.

Alhamdulillah, seronok juga membeli dengan menggunakan kupon. Mula-mula risau juga nak beli blouse tu, sebab tak tahu nak pilih saiz. Nasib baik baju yang sampai memang padan dengan saya. Selipar Cik Abang pun muat-muat dengan dia. Cuma tudung sahaja yang belum sampai lagi ini.

Pesanan untuk Zalora, lepas ini berilah kupon banyak-banyak sikit ye! =)

3 Responses

  1. Uncle Zuan
    | Reply

    hehe terbaik! lama tak shopping kat zalora 😀
    Uncle Zuan recently posted..Beri Kejutan Kepada Yang Teristimewa Dengan CikSuperSurprise92My Profile

  2. adianiez AIDA
    | Reply

    aida x pernah sopping kat zalora lagi.
    jengah2 aje brg2 nyer yg best…
    lgpun aida mcm x suka beli baju online.
    x dpt test 🙂
    adianiez AIDA recently posted..BERPANTANG SELEPAS BERSALIN ZAMAN TERKINI 🙂My Profile

  3. akubiomed
    | Reply

    Belum pernah membeli di Zalora tetapi di Lazada boleh dikatakan kerap. Cuba guna kupon diskaun tetapi tidak boleh barangan diskaun.
    akubiomed recently posted..Persiapan Raya sebagai rakyat marhaenMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge