» » Penantian Suatu Penyeksaan

Penantian Suatu Penyeksaan

Assalamualaikum.
Dah nak masuk minggu ke-39, tapi baby masih lagi nak lepak-lepak dalam perut mama dia. Sabau jelah! Huhu. Takpe2, yang penting sekarang adalah menikmati saat-saat akhir mengandung.
Disebabkan tak bersalin lagi, so tadi kena pergi buat check-up kat Klinik Kesihatan Port Klang. Pukul 7 pagi dah keluar rumah. Baik gila kan? Hehe. Pukul 7.30 pagi plak nurse2 kat sana dah start buat kerja, dan pukul 8.30 pagi semua urusan saya dah selesai!!
Memang puas hatilah. Walaupun ramai orang, tapi tak payah nak tunggu lama-lama. Dan nurse nya pun baik je. Even muka agak bengis, tapi cakap lembut je. Hehe. Tu la, lain kali jangan judge orang dengan tengok luarannya  je, ok?
Erm, sebenarnya saya dah malas dah nak menghadap laptop dan update blog ni. Tapi disebabkan ada plak BE baru, so saya pun menggagahkan diri. Huhu. korang dah join Warisan Bonda Giveaway tak? Kalau belum, jomlah cepat2 join yer. Yang dah join plak, bagi saya masa untuk update senarai peserta ye.
Ok ini aja untuk hari ni. Bye…………………

Leave a Reply

CommentLuv badge