» » » Pengalaman Berpuasa di Negara Orang

Pengalaman Berpuasa di Negara Orang

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dah hampir habis pun bulan Ramadhan kali ini. Ramadhan tahun ini sangat berbeza bagi kami sebab ini pertama kali berpuasa di negara orang. Cabaran berpuasa yang agak hebat kerana berpuasa dalam musim panas. Berpuasa dalam tempoh yang panjang dan dalam cuaca yang panas, membuatkan kami cepat letih.

Kalau di Malaysia ramai yang membeli juadah berbuka puasa di bazar, tapi kami di sini kena masaklah tiap-tiap hari. Teringin nak makan sesuatu, kenalah cari resepinya, dan buat. Dan sejak kebelakangan ini, saya berminat pula nak buat kek. Dah berjaya buat kek red velvet, sedap! Eh, masuk bakul angkat sendiri. Hehe. Rainbow cake pun saya dah cuba buat, tapi tak jadi. Tak tahulah mana silapnya.

Setakat hari ini, saya belum dapat lagi mood beraya. Tak tahulah kenapa. Tak nak fikir sangat fasal raya pun sebenarnya. Nanti sedih! Lagu-lagu raya pun saya tak ank dengar, begitu juga dengan iklan raya, malas nak tengok. Nanti tak fasal-fasal banjir pula di Toulouse ni. Huhu.

Rasanya sekarangni mesti ramai rakan blogger yang akan balik ke kampung. kan? Bawa kereta elok-elok ye. Tak lari pun ketupat dan rendang yang nak dikejar tu. Yang penting semua selamat sampai ke destinasi.

9 Responses

  1. estri
    | Reply

    Pasti rindu dengan makanan dari kampung halaman sendiri..
    estri recently posted..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

  2. hanari
    | Reply

    jauh di negeri orang tapi akhirnya bisa memasak, menjadi sesuatu yang mantab
    hanari recently posted..Efek Kemoterapi untuk Keluarga PasienMy Profile

  3. Hazmin Hamudin
    | Reply

    Selamat hari raya ye. Hehe..
    Hazmin Hamudin recently posted..Empat Susu Danone Dumex Disyaki TercemarMy Profile

  4. Rina
    | Reply

    Kalau berpuasa di negeri orang pasti butuh adaptasi juga ya mbak terutama dengan lingkungan dan jenis makanannya yang kadang bikin kita sedikit sensitif saat berpuasa ..
    Rina recently posted..Create CSS Tables Styles Zebra Stripes Hover EffectMy Profile

  5. akubiomed
    | Reply

    Dugaan berpuasa di negara orang. Selamat menyambut Hari Raya bersama tersayang di perantuan. 🙂

  6. titan
    | Reply

    takde feel lagi ehhh..gi try wat cendol.
    titan recently posted..Kisah kejayaan Hiruma Youchi.My Profile

  7. Anuar
    | Reply

    Pasti seronok dapat pengalaman berpuasa di negara Orang… Selamat berpuasa dan selamat Hari Raya…
    Anuar recently posted..Dapat Kad Raya dan Sampul Duit PERCUMA Daripada CEO GSRMy Profile

  8. Azie
    | Reply

    Dapat bayangkan berpuasa dalam waktu yang lebih panjang sebab kat sana waktu siangnya lebih panjang kan Puan Bard.

    Suka baca pengalaman orang yang duduk dekat luar negara banyak syok jer hihihi. tapi apa2 pun tak laam lagi nak balik mlaysia dah kan. hihihih nanti boleh makan sedap2 minta family masakkan k.
    Azie recently posted..Kehilanganmu Berat Bagiku – Kangen BandMy Profile

  9. Bahrain
    | Reply

    Kat negara orang tu takde baazar macam Malaysia, skrang ni pun smua sebuk balik ke kg masing2x.
    Bahrain recently posted..Kad Raya Dari Shakiddo.comMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge