» » » Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]

Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]

Assalamualaikum.
Dah baca entri pengalaman bersalin bersalin di negara orang [Part 01]? Kalau dah baca, jom sambung baca apa yang terjadi seterusnya ya. Bila dah sampai je di bahagian kecemasan, kami pun pergi ke kaunter dan cakap nak bersalin dah. Nurse tanya nak jalan kaki ke atau nak naik kerusi roda? Mestilah saya nak naik kerusi roda, dah tak larat dah nak jalan.
Bila masuk je dalam lif dan pintu dah tertutup, tekan tingkat tiga, tapi lif tak gerak-gerak. Rosak la plak! Cik Abang pun panggil nurse tu balik dan dia tunjukkan kami ke lif lain. Lif ni tak pergi terus ke bahagian dalam tempat nak bersalin. Bila dah sampai tingkat tiga, kami melilau pula nak cari tempatnya, sampai tersesat ke bahagian wad. Dan nurse kat situ yang bagi arahan kami patut pergi mana. Bila dah sampai ke tempat sepatutnya, tekan loceng, tunggu, dan muncullah seorang nurse muda.
Dia tanya kenapa, Cik Abang pun cakaplah isteri saya dah nak bersalin. Nurse tu minta surat apa entah dari Cik Abang, dan Cik Abang pun kelam-kabutlah cari suratnya dalam fail. Dah jumpa suratnya, nurse tu ambil surat tu dan dia masuk dalam balik dan tutup pintu. Tercengang kitorang kejap. Bayangkan, rasa macam kita pergi rumah orang, lepas tu tuan rumah tutup pintu depan muka kita! Hah macam tu la rasanya. Huhu.
Dan masa ni saya dah start mengerang sakit. Kalau boleh memang tak nak mengerang sebab ada seorang lelaki dekat situ. Tapi memang dah sakit sangat, terpaksalah. Hilang macho, haish!!! Dalam hati memang dah fikir susahnya nak bersalin kat sini, baik bersalin kat rumah je! Huhu. Nasib baik tak lama lepas tu nurse tu buka pintu balik dan suruh kitorang masuk. Dia bawa kami masuk ke bilik menunggu (kot??). Dah sampai bilik tu, nurse tu macam blur nak buat apa. Dia pandang kiri, pandang kanan. Oh, pastu macam dia baru dia teringat sesuatu. Dia pergi ke almari, ambil kain, suruh saya buka seluar dan baring atas katil. Pastu dia termangu-mangu lagi.
Ok kali ni memang saya dah marah! Saya pun cakap dengan nada tinggi “Iskh apalagi ni, oang nak bersalin dah lah!! Saya cakap dalam Bahasa Melayu la kan, mana dia nak faham. Hihi. Tapi kelam-kabut dia keluar. Cik Abang terus pujuk saya dan cakap sabar, orang bersalin tak elok marah-marah. Huhu. Cik Abang pun terus tolong saya buka seluar dan baring atas katil. kemudian nurse muda tadi datang balik dengan seorang perempuan yang lebih tua. Yng datang ni bidan, atau dalam bahasa Perancis dipanggil sage-famme, dan nama bidan ni Pascal. Dan dia pandai cakap Inggeris, yaey!!!
Pascal check bukaan saya, dan dia kata jalan dah buka dalam 6-7cm, dan mungkin dalam sejam setengah lagi saya akan bersalin. Dia terus suruh kami masuk ke dalam labour room. Sampai je di labour room, saya kena buka baju dan pakai baju hospital lepas tu baring atas katil. Masa ini, Cik Abang ada sebelah kiri saya, Pascal di sebelah kanan. Diorang tengah buat urusan nama baby, sambil saya tengah menahan sakit di tengah-tengah. Haish sabar jela! Tak lama lepas tu, Pascal check balik bukaan, dan dia kata dalam setengah jam lagi dah boleh bersalin.
Tapi beberapa minit je lepas tu, saya rasa sakit sangat. Memang dah mengerang kuat. Dan saya cakap kat Cik Abang, Adik dah nak bersalin dah ni, nak teran dah ni. Dan mungkin Pascal dengar kot saya mengerang lain macam, dia terus datang dan check bukaan. Dia terus pergi panggil doktor. Doktor pun sampai dan ambil kedudukan dia. Lepastu Pascal pegang tangan saya dan cakap, bila saya dah ready, saya boleh push. Wah, best! Saya pun tunggu rasa contraction tu datang, dan saya cuba breath down baby (kononnya saya nak ikut cara hypnobirthing, tapi tak boleh, sebab saya tak ada praktis langsung). Jadinya, saya tunggu contraction seterusnya dan bila contraction datang, saya pun push. Dalam 3 kali push, baby pun keluar. Alhamdulillah.
Untuk bersalin kali ni, saya dapat rasa ‘the ring of fire’. Apa itu ‘ring of fire’? SUMBER: http://womantowomancbe.wordpress.com/2008/03/12/the-ring-of-fire/
During a vaginal birth, as your vagina expands around the largest point of the baby’s head you will often feel a pulling or burning sensation. It is brief (maybe 30 seconds), and like every other pain you feel, it impels you to changesomething to stop the pain. Typically, it will feel better to stop pushing, to allow your tissues to rest and expand gently. Many times when women push through the pain, they end up tearing.
Masa saya dapat rasa ‘ring of fire’ ni, saya tersenyum. Alhamdulillah, dapat juga rasa benda ni. Sebabnya saya tak ambil apa-apa ubat tahan sakit untuk bersalin kali ini. Jadi saya boleh rasa bila kepala baby bergerak turun, dan bila saat-saat kepala dia betul-betul berada di bukaan. Dan juga juga lebih sedar tentang contaction yang saya rasa. Berbeza dengan kelahiran pertama dulu yang mana saya ada ambil pethidine, saya macam orang mamai. Orang kata push, saya pun push. Padahal masa tu tak ada contraction pun. Bodoh-bodoh je pergi push-push sampai hilang tenaga.
Oh ye sambung balik kepada cerita kelahiran. Bila baby dah keluar separuh, doktor suruh saya pegang baby dan tarik ke atas. Tapi saya tak nak, takut sebab badan baby licin. Kang kalau terlepas, naya je. Cik Abang pun tak nak tarik. Last-last doktor yang letakkan baby atas badan saya. Wah, wanginya bau baby! Bau dari syurga kan orang kata. Masa kami tengah sibuk-sibuk menelek baby, doktor pun sambung kerja dia iaitu sesi menjahit. Alhamdulillah koyak sikit je, kena dua jahitan.
Dalam 15minit lepas tu, nurse ambil baby dan bersihkan. Doktor pula bila dah siap jahit, dia nak keluarkan uri. Bila uri dah keluar, dia bersihkan dalam pula. Dia masukkan kapas dengan gunakan alat macam gunting tu (tak tahu nama). Sambil dia cuci guna kapas, keluar masuk banyak2 kali, dia picit2 dan tekan2 perut saya. Sakit sangat-sangat!!! Nak bersalin pun tak sakit macam ni. Ada sekali tu doktor tekan kuat sangat, sampai saya jerit kuat-kuat ‘Sakitlahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!’ Terus meleleh air mata masa tu. Mana sakit bersalin pun tak nangis tau, tapi bila orang buat macam tu kat saya, rasa sakit sangat. Trauma! Saya terus cakap kat Cik Abang, “Adik tak nak dah bersalin lagi, sakit” Cik Abang pun angguk je. Huhu.
Setelah berminit-minit menanggung kesakitan, doktor pun selesai jalankan tuganya. Baby yang dah siap berbaju, diletakkkan sebelah saya dan saya terus menyusukan baby. Kami dibiarkan duduk dalam labour room tu selama dua jam. Sekali-sekala nurse akan datang untuk tengok bacaan tekanan darah saya. Bila dah dua jam, barulah kami dibawa ke dalam wad. Begitulah ceritanya, pengalaman saya bersalin di negara orang. Cukuplah sekali, tak mahu lagi dah. Taubat!

Cara Ibu Muda Ini Kurus Selepas Bersalin Akan Buatkan Anda Rasa Tak Sabar-Sabar Nak Bersalin:

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!

Bagi mendapatkan produk-produk yang disebutkan dalam video di atas, boleh hubungi saya di nombor ini:

013-3876903

38 Responses

  1. spill nå
    | Reply

    Admiring the dedication you put into your site and detailed
    information you provide. It’s great to come across a blog every once in a while that isn’t
    the same unwanted rehashed information. Great read! I’ve saved
    your site and I’m adding your RSS feeds to my Google account.
    spill nå recently posted..spill nåMy Profile

  2. cinta qaseh
    | Reply

    4 me,i rather la bersalin kt ovrsea.kt malaysia ni,cuti trlalu pndek.

  3. hafiz
    | Reply

    susah juga ye bersalin kat negara orang, tapi takpe yg penting semua selamat..
    hafiz recently posted..Trip ke Johor Premium OutletMy Profile

  4. staibaqhang
    | Reply

    alhamdulillah selamat…
    kita sakit perut pun dah tak tau nak buat apa… ini kan golongan isteri sakit nak bersalin…. kena sayang mak ketat2…
    staibaqhang recently posted..Musim membajak kembaliMy Profile

  5. fiezaradzi
    | Reply

    lain ek, kalau kat msia ni, bagi kuar uri dulu, baru jahit.. mmg lain ni.. hehe.. tak lah sakit sgt kot, kalau macam bardoo cakap tu, mmg boleh rasa sakitnya di pihak yg membaca ni.. haha
    fiezaradzi recently posted..Tips Sihatkan Badan, Makan OatMy Profile

  6. Zida
    | Reply

    Ngeeee seram tapi best! Paling terharu part bau baby yang wangi. Hehe nanti agak2 I.A dah besar boleh suruh dia baca balik, kenang balik jasa mak yang bersakitan ketika nak melahirkan 😉

    (baca sambil membayangkan macam mana zida nak buat praktikal sambut baby nanti woah)
    Zida recently posted..Please Be Nice, MarchMy Profile

  7. akubiomed
    | Reply

    Pengalaman yang menarik. Kesian staf hospital kena bahasa. 🙂
    akubiomed recently posted..Majlis Akad Nikah adik iparMy Profile

  8. Selamat Datang Mac 2013 - Blog Bardboo
    | Reply

    […] Previous post: Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02] […]

  9. Izzat Eshak
    | Reply

    Seronok pula membacanya =)
    Izzat Eshak recently posted..Domain sebagai pelaburan digitalMy Profile

  10. yas
    | Reply

    Erghhh….wife aku lahirkan anak cara ceasar jerr…4 kali ikut tingkap, la ni dah tutup akaun dah, doc x bagi….:D, baca entri pn Bard ni, rasa seram sejuk gak aku wehhh….:D – btw, tahniah dgn kelahiran umat Muhammad!!
    yas recently posted..10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  11. Aya
    | Reply

    Alhamdulillah, senangnya sis bersalin.. 3 kali push dah keluar baby.. 🙂
    Aya recently posted..Tips 6 : Jika Anda Jumpa DoktorMy Profile

  12. hafizmd
    | Reply

    berdebor plak ambe baca pengalaman bard ni…

    pepun, tahniah bardn utk baby ni…moga tembam dan sihat..hehe
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #31 Meniti HariMy Profile

  13. Ummi Hanie
    | Reply

    apa pun alhmdllh dipermudahkan juga… masalah bahasa tu la yg x bestnye kan bila brsalin di negara org

    kalau kat sini, x ade pula doktor korek2 perut kita mcm tu. hushh mmg trauma lah.. setakat tekan2 perut, doc suruh batuk2 sikit je gitu… kasi darah2 keluar…

    sweetnye bahasakan diri “Adik” 😉

    • Puan Bardboo
      | Reply

      haah kak, masalah bahasa tu memang cukup2 menyusahkan la..sebab tu bard decide nak pergi hospital lewat..

      masa bersalinkn ammar dulu pun bard takde la kena korek sampai macam ni..memang sakit sangat2…

      memang dr dulu bahasakan diri ‘adik’… =)
      Puan Bardboo recently posted..Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]My Profile

  14. Eizil
    | Reply

    Baru sempat singgah ke sini, tahniah diucapkan, dah selamat melahirkan. Pengalaman yang bukan semua orang boleh alami ni…
    Eizil recently posted..Bagaimana untuk mengubah paparan spectacu.la discussionMy Profile

    • Puan Bardboo
      | Reply

      Tu la, dah lama tak nmpk bro eiZil. Sy pun br je mula berblog blik

  15. Denaihati
    | Reply

    alhamdulillah dan tahniah dah selamat bersalin. ada application contraction sekarang rupanya.
    Denaihati recently posted..Life of Pi hidup jangan pernah putus asaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge