» » » Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 01]

Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 01]

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya saya dah selamat melahirkan Baby I.A pada 14 Januari 2013. Nampak gayanya tak berpeluang la nak melahirkan Baby I.A pada tarikh bersalin yang diidam-idamkan. Tapi takpe, asalkan semuanya selamat.

Lebih kurang seminggu sebelum tarikh bersalin tu, saya memang ligat betul berjalan. Tiap-tiap hari pun keluar pergi berjalan. Nak-nak lagi plak winter sales dah start kat sini. Memang shopping je la kerjanya, terutamanya barang-barang untuk baby. Cuma hari Ahad je kami tak keluar sebab kedai-kedai kat sini tutup hari Ahad. Jadi kami cuma duduk kat rumah je sambil buat crepe durian.

Mungkin disebabkan penangan makan durian, esoknya bila bangun pagi saya rasa macam basah je. Teruslah cepat-cepat pergi bilik air. Rupa-rupanya air ketuban dah bocor. Dan dah ada darah yang keluar sikit. Saya pun terus je la kejut Cik Abang dan bagitahu dia. Masa tu hati dah berbunga-bunga sebab saya memang dah tak sabar nak bersalin. Hehe.

Disebabkan tak sakit lagi, saya buat biasa je la. Tapi Bonda pula dah macam risau, dan suruh pergi hospital cepat-cepat. Tapi saya tak nak. Nak buat apa pergi awal-awal kan. Nanti dah la saya tak faham apa yang diorang cakap. Kang tak fasal-fasal plak saya kena induced.

Dah lepas makan tengah hari, barulah rasa sakit tu datang. Tiap kali sakit datang, saya diam je dan cuba tahan sakit tu sendiri. Masa saya tengah baring-baring dalam bilik dengan Bonda dan sakit tu datang pun, saya diam je. Bila Bonda tanya sakit ke, saya jawab sakit sikit je, masih boleh tahan lagi.

Dan bila Bonda asyik tanya, saya terus je masuk dalam bilik air bila rasa sakit. Tahanlah sakit sorang-sorang dalam bilik air tu. Hehe. Nasib baiklah Cik Abang tak ada tanya-tanya, sebab saya memang dah warning kat dia awal kalau saya dah sakit nanti, jangan tanya banyak-banyak kali, itu boleh mendatangkan marah! Hehe. Dan saya pun memang dah bagitahu kat Cik Abang yang kali ni, saya plan nak pergi hospital lambat. Bila dah betul-betul dah nak bersalin baru nak pergi.

Setelah menahan contraction tu selama beberapa jam, akhirnya dalam pukul 5 petang sakit tu dah makin kerap datang. Dah tak terkira berapa kali saya masuk bilik air untuk tahan sakit. Dan Ammar pun dah tidur masa ni. Sampailah Cik Abang tanya, sakit contraction tu dah berapa minit jaraknya? Masa tu barulah saya terhegeh-hegeh nak download application contraction timer. Bila dah guna application tu, baru saya perasan yang sakit tu dah datang selang seminit! Apalagi, teruslah ajak pergi hospital! Huhu.

Saya terus bersiap dan tunggu Cik Abang solat. Masa ni memang dah betul-betul sakit. Sebelum keluar rumah, saya sempat cium Izz Ammar yang tengah tidur lagi. Nasib baiklah hospital dekat je dengan rumah, dalam 5minit dah boleh sampai. Dan kebetulan senang plak nak dapat parking masa tu. Keluar je dari kereta, saya terpaksa berpaut dekat pintu kereta sebab sakit contraction tengah datang. Lepas tu, terpaksa pula berpautdekat kereta sebelah bila contraction datang lagi.

Dan dari kereta nak ke bangunan hospital, beberapa kali saya terpaksa berhenti bila sakit tu datang. Jarak dari kereta ke bangunan hospital yang dekat tu pun terasa jauh sangat bila dah sakit datang kerap macam tu. Bila dah sampai, saya tersandar je kat dinding. Tak larat nak jalan dah! Cik Abang cakap sikit je lagi. Tapi saya memang dapat rasa yang kepala baby memang dah betul-betul kat bawah tu!

Bersambung………..

Panduan Selepas Bersalin Untuk Ibu Muda

27 Responses

  1. Vitamin Untuk Ibu Hamil
    | Reply

    […] 2. Pengalaman Bersalin di Negara Orang […]

  2. […] Sudah lama Mama menyepi dari membuat entri baru di blog Mahligai Cinta ini. Bukan apa, sudah semakin sibuk sekarangni. Sebabnya Baby I.A yang ditunggu-tunggu dah berada di depan mata. Dan inilah dia, Mama letakkan sekeping gambar Irdhina Aneesa, buat tatapan semua. Dalam gambar ini Aneesa dah berusia sebulan. Untuk tahu tentang proses bersalinkan Aneesa, boleh baca di Blog Bardboo ye. [KLIK SINI>>>ย Pengalaman Bersalin] […]

  3. fiezaradzi
    | Reply

    uih, bahaya ni, sikit lagi tu..
    fiezaradzi recently posted..Tips Sihatkan Badan, Makan OatMy Profile

  4. Zida
    | Reply

    part 1 ni suspen betul! haha ๐Ÿ˜‰
    Zida recently posted..Please Be Nice, MarchMy Profile

  5. Aya
    | Reply

    Aya sebelum ni bekerja di wad bersalin. sebelum ni tengok orang kesakitan je, insyaAllah panjang umur, bulan 5 ni, giliran Aya pula..huhu..takutnya..
    Aya recently posted..Tips 6 : Jika Anda Jumpa DoktorMy Profile

  6. Dnazz
    | Reply

    ALLAHUAKBAR!bergenang air mata…tiap kali baca experience org bersalin mesti iza menangis punya huhuhu anyhow, tahniah bard!!dah second dah baby you!wow!:)
    Dnazz recently posted..Penantian Itu Satu PenyeksaanMy Profile

  7. […] Dah baca entri pengalaman bersalin bersalin di negara orang [Part 01]? Kalau dah baca, jom sambung baca apa yang terjadi seterusnya ya. Bila dah sampai je di bahagian […]

  8. Izwan
    | Reply

    saspen plak.
    banyak kena belajar ni menghadapi hari2 mendatang. haha
    Izwan recently posted..#BloggerCoffeeTalk Axis Atrium Ampang Meriah!My Profile

  9. Ummi Hanie
    | Reply

    bagusss… takyah pi spital awal2… nmpk gaya mcm mudah je bersalin kali ni kan ๐Ÿ˜‰
    Ummi Hanie recently posted..Tips mudah hamil: cara mengira waktu subur wanitaMy Profile

  10. lepakk.com
    | Reply

    Tahniah kepada anda dan seisi keluarga
    lepakk.com recently posted..Tolong Review Blog SayaMy Profile

  11. akubiomed
    | Reply

    Pengalaman yang manis melahirkan di bumi Perancis. Pastikan akan dikenang seumur hidup.

  12. syaifuddin alias
    | Reply

    err…..apa perasaan ayahnya ya..tak sabar pulak nak jadi ayah ni .. EH? lambat lagi ,.hehehe

  13. husnazahidi
    | Reply

    erk..nervous kak..

    • Puan Bardboo
      | Reply

      Tunggu next entri ye. Jangan lupa. ๐Ÿ™‚

  14. Aiman Aziz
    | Reply

    Untong dapat besalin luar negara. Awat tak berslain dalam air?

    • Puan Bardboo
      | Reply

      Kat hospital tempat saya bersalin tu tak ada kemudahan utk waterbirth.

Leave a Reply

CommentLuv badge